Showing posts with label Yusmadi Yusof. Show all posts

Daim Ketinggalan Zaman Dalam Berpolitik-Yusmadi


SHAH ALAM 27 MAC : Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengkhianati orang Melayu kerana melaksanakan program yang hanya menguntungkan kroni, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Akibatnya masyarakat Melayu hari ini masih terpaksa memperjuangkan benda-benda sama seperti 50 tahun lalu, kata beliau ketika mengulas wawancara Daim dalam
akhbar Mingguan Malaysia hari ini. 

Kenyataan Daim kononnya  Pakatan Rakyat hanya satu "konspirasi politik” menunjukkan beliau ketinggalan zaman dan tidak seiring dengan realiti politik semasa, tambah Yusmadi.

Beliau menyifatkan wawancara Daim dengan Mingguan Malaysia hari ini sebagai cubaan terdesak Umno mengitar semula pemimpin lama untuk menghembus nafas baru dalam parti itu yang semakin ditolak oleh rakyat.
"Apa yang dikatakan oleh Daim ini jelas satu percubaan Umno-BN mengguna kembali pemimpin-pemimpin lama untuk membantu Umno terutamanya kerana mereka semakin hari semakin dipinggirkan dan ditolak oleh rakyat,"kata Yusmadi.

Daim dikenali sebagai seorang yang jarang memberikan wawancara, walaupun kepada media kawalan Umno.

Namun beliau menggunakan Utusan untuk membidas musuh politik Umno  iaitu Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Yusmadi menyifatkan kritikan Daim itu sebagai tuduhan liar yang bertujuan menutup penyelewengan bekas menteri kewangan itu sendiri.

"Ini adalah contoh pemimpin yang masih lagi dengan mimpi-mimpi lama yang tidak melihat kepada perkembangan realiti politik terbaru Malaysia. Pandangnya itu juga mengambarkan UMNO tidak pernah berubah, walaupun rakyat telah berubah dan pemimpin yang tidak mampu menerima Malaysia kini bukan lagi Malaysia dahulu," kata beliau.

Dalam wawancara itu Daim mengulangi propaganda  Umno kononnya kedudukan Raja-Raja Melayu akan tergugat sekiranya orang Melayu menyokong Pakatan.

"Itu adalah satu fitnah terbesar. Apa yang diperjuangankan oleh Anwar adalah satu perkara yang telah disepakati,  yang mana tidak pernah sekali-kali menolak kerangka pelembagaan yang  memberi pengiktirafan kepada hak-hak Raja Melayu dan orang Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan," kata Yusmadi.

Dalam wawancara itu, Daim tidak menyentuh atau ditanya mengenai pandangan Tun Mahathir Mohamad bahawa bekas Menteri Kewangan itu dicemari dengan pelbagai
dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Yusmadi berkata rekod Anwar adalah jauh lebih bersih berbanding dengan Daim.

"Bagi saya Anwar adalah lambang 'keadilan' dan ketidakadilan yang dilakukan katas Anwar itu yang menjadi motivasi kepada rakyat untuk berjuang terus mempertahankan keadilan di Malaysia," kata Yusmadi.

"Daim pula adalah lambang dasar ekonomi yang hanya menguntungkan kelompok tertentu sahaja, Daim  bukan lambang ekonomi yang memberi keuntungan kepada rakyat jelata, sebab itu sehingga hari ini orang Melayu masih berjuang isu yang sama selama 50 tahun" tambah beliau.

Tun Mahathir melantik Anwar menjadi Menteri Kewangan selepas Daim melepaskan jawatan itu pada 1991 setelah diselubungi pelbagai dakwaan.

Daim dikatakan seorang daripada perancang utama dalam fitnah yang menyaksikan Anwar dihumban dalam penjara selama enam tahun atas tuduhan liwat dan rasuah pada tahun 1998.
Seterusnya >>>

Sistem Pendidikan Perlukan Reformasi Drastik Kekang Kejatuhan Mutu

SHAH ALAM 27 Sept - Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menggesa kerajaan tidak lagi memandang enteng terhadap isu pendidikan negara sebaliknya mengiktirafnya sebagai agenda nasional.

Beliau berkata, kemerosotan bidang pendidikan di Malaysia perlu dipulihkan segera hanya dengan melakukan reformasi drastik kepada sistem pendidikan sediada.

"Memandangkan kemerosoton pendidikan negara semakin teruk maka ia memerlukan reformasi untuk mengembalikan keberhasilan dan pencapaian ke tahap yang lebih tinggi bukan sahaja di dalam negara malah seantero dunia," katanya kepada Suara Keadilan ketika mengulas penurunan kedudukan universiti di Malaysia yang jatuh teruk baru-baru ini di peringkat dunia.

Berdasarkan statistik terkini QS World University Rankings 2010, Universiti Malaya yang sebelum ini berada pada kedudukan 180 daripada 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2009 telah jatuh ke tangga 207 pada tahun ini.

Pencapaian terburuk ini juga menyebabkan Malaysia tidak lagi tersenarai pada kedudukan 200 universiti terbaik di dunia.

Ini sekaligus menampilkan bukti bahawa Model Ekonomi Baru yang di bawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omongan kosong yang hanya memberi kesan negatif kepada kepimpinan Malaysia termasuk transformasi ekonomi.

Menurut Yusmadi yang juga Biro Pendidikan KEADILAN, kecacatan sektor pendidikan negara berpunca daripada kelemahan kerajaan yang gagal merencana perubahan bagi meningkatkan pencapaian sediada.

Jelas beliau, transformasi pendidikan perlu dilaksana dengan membentuk perubahan dari segenap aspek pendidikan meliputi sistem pentadbiran dan lebih penting lagi kepimpinan dalam sektor pendidikan itu sendiri.

Katanya, peranan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat penting untuk melaksanakan perubahan transformasi ini.

Yusmadi berkata, Muhyiddin dan lain-lain pimpinan kerajaan perlu bersikap terbuka dan menyedari bahawa kepentingan pendidikan menjangkaui kepentingan politik.

"Apa yang saya kesalkan kerajaan tidak memandang ringan bahawa tahap pendidikan negara sekarang berada pada tahap kritikal.

"Apa yang perlu mereka (kerajaan) lakukan adalah menerima hakikat dan tidak boleh menyalahkan orang lain terhadap apa yang berlaku," kata Yusmadi.

Sebaliknya, beliau mencadangkan satu strategi pakatan di peringkat kerajaan hendaklah dilakukan bagi menggembeling pelaksanaan untuk bersama membawa perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

"Perkara ini perlu dilakukan dengan duduk berbincang secara muafakat di antara tokoh-tokoh pendidikan dan pemimpin negara bagaimana untuk meletakkan kembali pendidikan ke peringkat tertinggi malah memartabatkannya sebagai isu nasional," katanya.
Seterusnya >>>

Kenyataan Rais berbaur politik

Peruntukan warisan RM20 juta untuk PP dinafikan

Yusmadi YusoffKUALA LUMPUR: Seorang anggota parlimen dari Pulau Pinang menganggap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa negeri itu tidak layak mendapat peruntukan kewangan sebanyak RM20 juta di bawah tabung warisan sebagai kenyataan berbaur politik.
Anggota parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, tidak mungkin Pulau Pinang tidak boleh mendapat peruntukan kewangan di bawah tabung itu kerana Unesco telah mengiktiraf bandaraya George Town sebagai bandaraya warisan dunia.

"Dr Rais mungkin mempunyai kamus tafsiran warisan yang berbeza dengan yang telah ditetapkan oleh Unesco," sindir beliau.
"Jika beginilah pemikiran menteri yang menjaga warisan, agenda warisan Malaysia akan gagal kerana tidak menepati tahap piawaian antarabangsa (Unesco)," katanya kepada Free Malaysia Today ketika diminta mengulas kenyataan Dr Rais.
Semalam, Dr Rais berkata Pulau Pinang tidak layak mendapat peruntukan di bawah tabung warisan kerana negeri itu belum melaksanakan projek warisan. Beliau juga menegaskan ia bukan keputusan politik.
Rais YatimDifahamkan kerajaan telah bersetuju menyalurkan peruntukan kewangan sebanyak RM30 juta kepada negeri Melaka untuk projek- projek warisan di negeri itu.
Yusmaidi berkata, Unesco memberi pengiktirafan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana melakukan kerja-kerja pemuliharaan warisan di negeri itu.
"Unesco bersama pakar-pakarnya telah datang membuat kajian di negeri itu sebelum mengisytiharkannya menjadi bandaraya warisan," terang beliau.
Sementara itu, kata pemimpin muda PKR itu, George Town dan Istanbul akan menandatangani status bandaraya warisan berkembar kerana kedua-dua bandaraya tersebut mempunyai banyak persamaan dari segi ekonomi dan kebudayaan.

- FMT

Kembara Jr.......... begitulah mentaliti menteri Umno/BN, sempit pemikirannya. Sebagai pemerintah dia tidak boleh mendikriminasikan sesebuah negeri itu walaupun negeri itu diperintahkan oleh pembangkang. Sesuatu yang patut diberi mereka patut beri tanpa sebarang alasan untuk mengelak daripada memberinya. Apatah lagi dalam kes Negeri Pulau Pinang ini dimana Unesco sendiri telah memberi pengiktirafannya kepada George Town sebagai bandaraya warisan. Jadi layaklah Pulau Pinang menerima peruntukan kewangan sebanyak RM20 juta di bawah tabung warisan. Tetapi itulah kata menteri kebudayaan yang tidak budaya, Pulau Pinang tak layak terima.
Seterusnya >>>