Showing posts with label Transparency International. Show all posts

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia berterusan merudum

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.

Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.
Seterusnya >>>

Rakyat Malaysia Berpendapat Gejala Rasuah Semakin Buruk

TIjpgBukan sahaja indeks rasuah Malaysia di peringkat antarabangsa bertambah teruk kini separuh rakyat negara ini pula mengesahkan bahawa gejala keji ini semakin berkembang dan berleluasa.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Transparency International (TI) berkaitan Barometer Antarabangsa Rasuah 2010, 46 peratus atau hampir separuh rakyat Malaysia yang disoalselidik dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa mengakui gejala rasuah semakin buruk.

TI berkata peratusan yang tinggi ini pada tahun ini adalah lebih tinggi daripada statistik tahun 2009.

Kajian itu juga menunjukkan  hanya 19 peratus rakyat Malaysia berpendapat amalan rasuah telah menurun manakala 35 peratus lagi berkata keadaan masih tidak berubah.

Badan itu juga berkata daripada 1,000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia dalam soalselidik secara bersemuka dalam tempoh 28 Jun hingga 26 Julai 2010, jumlah yang mengaku terlibat dalam amalan rasuah hanya 9 peratus atau 90 sepanjang tahun lalu.

Amalan rasuah yang terpaksa dilakukan termasuk kepada anggota polis atau kakitangan di kaunter pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan kastam.

Menurut majorit mereka yang ditemuramah besar  pasukan polis merupakan golongan paling terjejas dengan amalan rasuah dengan mencatatkan mata 4.1 daripada maksima sebanyak 5 mata.

Ini diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan parlimen dengan masing-masing mencatat 4.0 dan 3.4 masing.

Walaupun jumlahnya nampak kecil tetapi jika dibandingkan dengan 22 negara Asia Pasifik, Malaysia jatuh di tangga ketujuh dalam kumpulan negara yang didahului oleh Korea Selatan di mana hanya dua peratus rakyatnya terbabit dalam aktiviti rasuah dalam tempoh yang sama.
Seterusnya >>>

PDRM dipandang paling tinggi berasuah dedah TI

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Rakyat Malaysia melihat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai entiti paling tinggi terlibat dalam amalan rasuah — mengatasi parti-parti politik, kakitangan awam lain, sektor perniagaan dan kehakiman — demikian menurut laporan Global Corruption Barometer 2010 dikeluarkan hari ini.
Kajian dikendalikan oleh Transparency International (TI) Malaysia ini membabitkan 1,000 responden — berusia 16 tahun dan ke atas dengan 57 peratus daripada mereka adalah kalangan tinggal di kawasan bandar.
Kajian itu yang dijalankan Julai lalu merupakan laporan tahunan edisi yang ketujuh, kecuali bagi tahun 2008.
Datuk Paul Low, Presiden TI Malaysia berkata, penemuaan itu adalah sesuatu yang luar biaasa berbanding kajian-kajian yang dijalankan di banyak negara lain, di mana parti politik berada di atas sekali dan disusuli oleh perkhidmatan awam dan bidang kehakiman.
Bagaimanapun katanya, peratusan membabitkan kes-kes rasuah kecil-kecilan mengalami penurunan.
Katanya, persepsi mengenai amalan rasuah besar mengalami peningkatan.
Seterusnya >>>

Indeks Rasuah Malaysia Paling Corot, Umno-BN Buat Sombong Bodoh

TIjpg

Imej Malaysia selama 53 tahun di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional telah mengalami kerosakan yang teruk di mana ia telah ditarafkan sebagai negara terburuk di Asia Pasifik oleh badan membanteras rasuah, Transparency International (TI) sejak 1995.

Dalam laporan terbaru TI, Malaysia telah diletakkan dikedudukan paling corot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak penilaian itu dibuat 16 tahun lalu.

Mendedahkan perkara ini di Parlimen, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Malaysia telah jatuh dari tangga 23 daripada 41 negara pada 1995 dengan mata sebanyak 5.28 kepada kedudukan nombor 56 dengan mata sebanyak 4.4 pada tahun 2010.

Malaysia ketika itu berada di tangga ke enam sebaris dengan negara maju seperti New Zealand, Australia, Hong Kong, Singapura dan Jepun di kalangan negara Asia Pasifik.

"Selepas 16 tahun dan banyak kempen anti-rasuah dijalankan termasuk dua rang undang-undang anti-rasuah digubal dan mentransformasi Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang melibatkan dana awam yang besar, Malaysia terus dihantui dengan penarafan CPI pada tangga ke-56 sama seperti tahun lalu tetapi dengan mendapat mata yang lebih rendah iaitu 4.4 dan di tangga ke-11.

"Dalam tempoh 16 tahun Malaysia telah kalah kepada lima negara di Asia Pasifik iaitu Taiwan (tangga ke-33 mata 5.8), Bhutan (36/5.7), Brunei (38/5.5), Korea Selatan (39/5.4) dan Macau (46/5.0).

"Malah negara yang dahulu berada di kedudukan paling bawah kini telah berada di tahap yang lebih baik tetapi kedudukan Malaysia terus jatuh," tegas Kit Siang ketika membahaskan usul di Parlimen minggu lalu untuk memotong RM10 daripada gaji Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad kerana didakwa gagal dalam tugasnya membanteras rasuah.

Buktinya kata beliau, China berada pada tangga ke-40 dengan mata sebanyak 2.16 pada 1995 dan turun ke tangga 78 dengan mata 3.5 pada 2010.

Dengan mengambil kira peningkatan China dibandingkan dengan penurunan Malaysia, China dijangka melangkau Malaysia di segi kedudukan dalam CPI dan mata yang dicapai menjelang 2017.

Begitu juga Thailand yang ditaraf pada kedudukan 34 dengan skor 2.29 pada 1995 kini berada pada paras yang sama dengan China.

Malah India juga menunjukkan kesungguhan untuk menambahbaik dengan kedudukan 87 dengan skor 3.3 berbanding tangga ke-35 dengan mata sebanyak 2.78 pada 1995.

"Indonesia dilihat membuat kemajuan yang besar dalam usaha melawan gejala rasuah. Berada pada kedudukan paling rendah di paras 41 dengan skor 1.94 dalam CPI kini negara itu berada pada tangga ke-110 dengan skor 2.8 pada 2010.

"Malaysia juga kalah kepada negara lain seperti Turki dengan kedudukan ke-29 dan skor 4.4 pada 1995 tetapi sekarang bertambah baik di tangga ke-56 dengan skor 4.4.

"Keadaan begitu sedih sehingga Malaysia juga kalah kepada negara Timur Tengah umpamanya Jordan yang mencapai kedudukan ke-26 dengan skor 5.32 pada 1996 tetapi kali ini jauh meninggalkan  kita dengan kedudukan ke-50 dan mata sebanyak 4.7.

"Saudi Arabia juga telah maju dengan kedudukan pada tangga ke-46 dengan skor 4.5 pada 2003 (ketika itu Malaysia di tangga 37 dengan skor 5.2) tetapi kini mencapai kedudukan ke-50 dengan skor 4.7.

"Nampaknya sejak tempoh 16 tahun Malayia dilihat oleh dunia menjadi semakin korup walhal negara lain semakin kurang gejala rasuahnya," jelas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Kit Siang berkata walaupun dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang membabitkan usaha memerangi rasuah telah meletakkan sasaran skor CPI daripada 4.5 tahun 2009 kepada 4.9 namun ia gagal apabila skor negara jatuh kepada 4.4.

Paling menjengkelkan kata tokoh politik veteran itu apabila Menteri yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan NKRA di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala cuba menyembunyikan kelemahan kerajaan dengan mengatakan penilaian TI tidak tepat.

"Pemandu mendakwa skor Malaysia dalam 'IMD World Competitiveness Yearbook' bertambah baik daripada skor 5.2 kepada 6.3 manakala markah dalam 'Political and Economic Risk Consultancy’s (PERC) Asian Intelligence Newsletter' negara menokok daripada 4.5 kepada 4.6 sementara dalam 'World Economic Forum’s (WEF) Global Competitiveness Report' Malaysia mencatat indeks daripada 4.45 pada 2009 kepada 4.975 tahun ini.

"Penilaian TI dalam merangka CPI tidak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya. CPI Malaysia dikira menggunakan 9 sumber bebas seerti sebelumnya. Kecuali jika Pemandu juga mencabar kesahihan CPI terdahulu, ia tidak boleh mempertikaikan CPI bagi 2010," ujar Kit Siang lagi.

Beliau kesal dengan sikap dua Menteri kerajaan Umno-BN, Datuk Seri Nazri Aziz dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon  yang sepatutnya merasa bimbang mengenai kedudukan CPI terbaru Malaysia tetapi sebaliknya mereka tidak mengendahkannya langsung.

Kit Siang menambah belanjawan untuk SPRM juga telah meningkat daripada RM76.4 juta pada tahun 2005 kepada RM202 juta dalam Bajet 2011 namun rekod membanteras rasuah terus merosot.
Seterusnya >>>

Menteri Salahkan Jerung Punca CPI Merosot

TI
KUALA LUMPUR 27 Okt  - Kemerosotan prestasi Malaysia berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah Antabangsa (CPI) 2010 mungkin berpunca daripada kes berprofil tinggi yang sesetengahnya dalam proses tindakan undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  berkata selagi kes-kes tersebut belum diselesaikan, maka masyarakat tetap berpandangan kerajaan tidak bertindak menangani gejala rasuah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini, sebagai mengulas laporan CPI 2010 yang menunjukkan walaupun kedudukan negara kekal pada tangga ke-56 daripada 178 negara, namun jumlah mata merosot sebanyak 0.1 berbanding tahun lepas.

Presiden Transparency International Malaysia (TI) Datuk Paul Low Seng Kuan dilapor berkata kes seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan 'Video Lingam' menyumbang kepada kemerosotan itu.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh kerajaan berhubung kedua-dua kes tersebut.

"Melainkan TI mahu kita campur tangan dalam  institusi kehakiman dan mengarahkan mereka membuat perbicaraan (PKFZ) dalam keadaan tergesa-gesa dan menjatuhkan hukuman pada mereka yang didapati bersalah...saya tak fikir itu yang TI mahukan," katanya.

Mengenai kes 'Video Lingam', beliau berkata siasatan yang dijalankan mendapati tidak ada bukti menunjukkan peguam Datuk V.K Lingam mengatur pelantikan hakim.

"Kita tak boleh nak dakwa seseorang apabila tiada kesalahan dilakukan dan tak boleh sewenang-wenangnya mendakwa Lingam hanya untuk meningkatkan 0.1 atau 0.2 pada markah indeks persepsi rasuah kita," katanya.

Beliau juga menegaskan kerajaan te;ah melakukan yang terbaik bagi menangani gejala rasuah di negara ini.
Seterusnya >>>

Malaysia 'tersangkut' di tangga 56 indeks rasuah

Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.


Tempat teratas dikongsi oleh tiga negara - Singapura, New Zealand dan Denmark daripada 178 negara yang dikaji.

Menurut TI Malaysia, meskipun laporan yang dikeluarkan petang tadi, menunjukkan negara menuju ke arah yang betul, namun masalah timbul ketika pelaksanaannya.

Presidennya, Paul Low berkata kejatuhan dalam markah itu “secara statistik tidak signifikan”.
Beliau berkata kegagalan menangani rasuah akan mengagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi memandangkan pertalian terus antara rasuah dan pendapatan per kapita.

Di samping itu, katanya lagi, usaha yang dibuat oleh kerajaan melalui GTP belum lagi menghasilkan sebbarang kejayaan kerana faedah daripada usaha yang dilakkukan akan mengambil masa sebelum kesannya dapat dirasai oleh rakyat di negara ini.

Menurut setiausaha agung TI Malaysia, Ngooi Chu-Ing, antara yang paling ketara adalah persepsi umum bahawa kerajaan kurang azam politik untuk menangani rasuah."Kita boleh lihat sebagai contoh, terdapat kebimbangan di kalangan umu bahawa tiada "ikan besar" yang didakwa dan juga kemajuan yang lembab dalam mengenalpasti serta mendakwa individu yang terbabit dalam skandal PKFZ (Port Klang Free Trade Zone).

"Begitu juga dengan keputusan "tiada sebarang tindakan"" (NFA) oleh peguam negara terhadap individu-individu yang didakwa mempengaruhi pelantikan hakim dalam badan kehakiman dan amalan berterusan memberikan kontrak projek-projek Mega secara tidak telus," katanya.

TI-Malaysia, katanya mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa mendakwa disamping membolehkan badan itu melaporkan secara terus kepada ahli jawatankuasa parlimen.

"Pada masa kini, menteri kabinet mengistiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri namun butir-butir pengisytiharan harta mereka tidak pernah diumumkan kepada awam...kami juga menggesa ditegakkan kebebasan maklumat melalui pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Penerbitan dan Percetakan," katanya.
Seterusnya >>>