Himpunan Turun hanya permulaan - SMM

logo smmKUALA LUMPUR 1 JAN: Himpunan membantah kenaikan kos sara hidup malam tadi yang berjaya mencatat kehadiran lebih 10,000 peserta merupakan isyarat pertama daripada rakyat Malaysia membantah kenaikan harga barang.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammed Bukhairy Sofian menegaskan, mahasiswa akan terus memberi tekanan kepada kerajaan minoriti Umno-BN.
“Ini baru di peringkat permulaan. Ini baru isyarat kepada kerajaan supaya mereka sedar orang bawahan ini susah,” kata Bukhary ketikia ditemuiKeadilandaily di Dataran Merdeka malam tadi.
“Kalau kerajaan masih melaksanakan mahu GST, masih mahu meneruskan kenaikan harga barang, kita (mahasiswa) akan datang memprotes lagi dan terus beri tekanan kepada kerajaan,” tegasnya.
Katanya, kerajaan menggunakan dana awam bagi program tidak munasabah seperti perayaan malam tahun baru, sedangkan pada masa yang sama ada rakyat menderita akibat bencana alam seperti banjir di Pahang dan Sarawak.
“Kerajaan terlalu banyak mambazirkan wang rakyat. Contohnya untuk sambutan tahun baru 2014 kerajaan membelanjakan RM15 juta.
“RM15 juta itu datang dari rakyat. Jadi perlu disalurkan kepada kebajikan rakyat secara menyeluruh.
“Bukan semata-mata untuk tahun baharu sahaja,” katanya.
Himpunan membantah kenaikan harga barang sempena sambutan tahun baru 2014 di Dataran Merdeka malam tadi menyaksikan kehadiran lebih 10,000 peserta yang terdiri dari pelbagai kaum dari semua peringkat umur.

1 comment :

  1. JANGAN RUGI MASA LAGI.KALAU NAK BUAT KITA BUAT MACAM THAILAND BUAT. BERHIMPUN DIBUKIT AMAN.BERHIMPUN DIKEMENTERIAN KEMENTERIAN. DAN PUTRAJAYA.BARU BOLEH BERJAYA.INI KITA BERHIMPUN DIA LARI SYDNEY LE AMERIKA LE. YEE LUCK DITHAILAND PUN ADA LEBIH BERANI TAK KELUAR DARI THAILAND BERANI DARI NAJIB.INI APA LAKI BINI LARI..INI LAH AKIBAT NYA ORANG MENCURI DAN MENZALIMI RAKYAT NEGARA SERTA AL TANTUYA.TAKUT PADA DIRI SENDIRI DAN TERUS MENGUNAKAN DANA NEGARA SERTA MENYURUH RAKYAT BERJIMAT CERMAT.
    KOTE KONTOT KOTE NAJIB.
    NAJIB BELA BETINA PUAKA .
    BN DAN NAJIB SUDAH TAK CERDIK
    HUMBANKAN SAJA DALAM NERAKA

    ReplyDelete