KUALA
LUMPUR — Pihak pembangkang Pakatan Rakyat (PR) hari ini
berkata Datuk Seri Najib Razak mesti bertindak dan hapuskan segala
percubaan Umno, yang merupakan parti utama dalam Barisan Nasional (BN),
untuk mengapi-apikan sensitiviti agama sebelum pilihanraya umum ke-13.
Lawan politik Najib itu memberi peringatan ini kepada perdana menteri
semasa mengecam gambar controversial yang dipos di laman Facebook rasmi
Pemuda Umno kelmarin.
Poster kontroversial itu, yang telah ditarik balik beberapa jam
selepas kemunculannya di laman Facebook itu, menyatakan: “Jika anda
setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia,
teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’
[Tuhan berkatimu, anakKu] .”
Setiausaha organisasi nasional DAP, Teresa Kok menggelar gambar
Facebook itu sebagai tindakan “kebudak-budakan” dan beliau menggesa
Najib, yang merupakan presiden Umno dan presiden BN, untuk mengambil
tindakan.
“Saya fikir Najib perlu meneliti parti diri beliau. .. ada elemen
tertentu dalam parti yang cuba memusnahkan negara ini dengan memainkan
api agama,” beliau memberitahu
The Malaysian Insider hari ini.
Beliau juga berkata ini adalah percubaan untuk “merosakkan” harmoni perkauman dan agama yang sedia ada di Malaysia.
“Saya fikir Najib perlu serius meneliti hal ini, kalau tidak slogan
1Malaysia beliau akan jadi bahan ketawa,” kata ahli Parlimen Seputeh
itu, dan beliau mengambil perhatian bahawa gambar itu dipost sebelum
perayaan Aidilfitri hari ini yang “diraikan oleh semua bangsa”.
Kok berkata beliau
gembira bahawa ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah bertindak
dengan cepat dan mengeluarkan poster yang bersifat hasutan itu dari
laman Facebook itu dalam masa beberapa jam.
Khairy
kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap politik
tersebut dan turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.
Poster itu ditarik balik dari laman web itu pada kira-kira 6.30 petang semalam.
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata “kenyataan dalam page
Pemuda Umno jelas menunjukkan ia adalah dipengaruhi oleh
sentimen-sentimen yg ditunjukkan oleh Umno dan media arus perdana.”
Beliau berkata penyebaran sentimen-sentimen ini “boleh akhirnya menyebabkan porak-peranda.”
“Walaupun Pemuda Umno kata mereka tak
censor [menapis] apa yang dipos di Facebook page, hakikatnya ini hasil daripada sikap Umno and media arus perdana.”
Beliau berkata tindakan ini bertujuan untuk “menakutkan pengundi
Islam untuk takut mengundi Pakatan Rakyat”, tapi berkata rakyat Malaysia
sekarang sudah “matang” dan tidak akan dipengaruhi dengan “provokasi”
seumpama ini.
Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga mengecam poster itu, menggelarnya sebagai “
sordid display of bigotry, lies and irresponsibility by an organ (of) the ruling party (pameran keangkuhan, penipuan dan sikap tidak bertanggungjawab oleh organ parti pemerintah)”.
“Sekurang-kurangnya, Pakatan Rakyat patut menerima permohonan maaf
yang serta-merta,” beliau berkata dalam satu mesej teks kepada
The Malaysian Insider kelmarin.
“Saya menantikan tindakan cepat dari pihak berkuasa untuk mendakwa
pihak yang bertanggungjawab untuk mana-mana pos di atas laman FB Pemuda
Umno,” beliau berkata, dan merujuk kepada Seksyen 114A Akta Keterangan
sebagai undang-undang yang relevan.
Minggu lalu, perdana menteri telah berkata di Twitter bahawa kerajaan
persekutuan akan mengkaji semula Seksyen 114A yang salah satu kesannya
meletakkan anggapan (presumption) bahawa pemilik laman web adalah
penerbit kenyataan yang dibuat.
Tetapi Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr
Rais Yatim kemudian berkata pindaan undang-undang yang diluluskan
Parlimen pada bulan April dan berkuatkuasa bulan lalu, akan kekal.
Gambar yang dipos di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan
perbincangan hangat di Facebook dengan sebahagian pengguna Internet
menyokong kenyataan itu.
Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu
yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan
sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari
sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di masyarakat majmuk di
Malaysia.
Poster itu kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak
pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama
Kristian sebagai agama persekutuan.
Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan
pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13
yang bakal diadakan.
Gambar yang dimuatnaik ke atas laman Facebook Pemuda Umno itu dilihat sebagai peringatan orang ramai tentang laporan akhbar
Utusan Malaysia pada tahun lalu.
Tahun lalu, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di
halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP
berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan
seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian
di Malaysia.
.
0 Komen pengunjong :