Anti-PPSMI mahu berdemo di parlimen Muhyiddin

anti ppsmi rally 070209 tear-gas

Satu lagi perhimpunan menentang dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada April tahun depan di Pagoh -- kawasan Parlimen yang dimenangi Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berbeza dengan perhimpunan besar tiga tahun dulu yang menuntut pemansuhannya, perhimpunan kali ini mahu dasar itu dimansuhkan serta merta dan bukannya secara pendaratan lembut (soft landing), lapor Harakahdaily.

"Walaupun kerajaan mengumumkan dasar PPSMI ini akan dimansuhkan, kebelakangan ini kita mendapati seolah-olah ada gerakan daripada pihak-pihak tertentu yang ingin menghidupkan semula dasar ini," kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Prof Shahril Md Zin.

Berucap dalam perhimpunan ulang tahun ketiga bantahan mereka di Gombak semalam, Shahril berkata, bantahan terhadap dasar itu perlu dihidupkan kerana kerajaan didakwa tidak bersungguh-sungguh memansuhkannya segera.

Bagaimanapun tidak pasti bagaimanapun bantahan kali ini akan berlangsung dan berapa jumpa peserta yang disasarkan penganjur.

Pada 7 Mac 2009, ribuan membanjiri Kuala Kumpur dengan berpakaian putih dalam perhimpunan yang dipimpin bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) allahyarhan Datuk Hassan Ahmad.

0 Komen pengunjong :