KUALA LUMPUR — Suhakam mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak faham peruntukan Akta Patriot yang diguna pakai Amerika Syarikat apabila membandingkan rasional menahan seseorang di bawah undang-undang pencegahan.
Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, Akta Patriot tidak menahan manusia tanpa perbicaraan.
“Oleh itu, kenyataan Hishammuddin bahawa undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sama dengan Akta Patriot adalah tidak benar,” kata beliau ketika menerima memorandum daripada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang Talib di sini hari ini.
Bebas dianggotai Solidariti Malaysia Malaysia (SMM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Legasi Mahasiswa Progresif dan Kesatuan Aksi Mahasiswa.
Semalam, Hishammuddin menjelaskan bahawa akta baru yang akan menggantikan ISA tetap mempunyai klausa membenarkan polis menahan rakyat tanpa bicara.
Muhammad Sha'ani berkata, Suhakam bukannya mahu melihat 13 orang yang ditahan di bawah ISA di Sabah minggu lepas dibebaskan.
“Apa yang kami mahu mereka dibawa ke mahkamah dan dibicarakan dan bukannya ditahan tanpa bicara di bawah ISA,” tegasnya.
Oleh itu kata beliau, Suhakam akan terus bersuara mengenai hak asasi manusia.
Justeru, beliau mengalu-alukan langkah Bebas mengemukakan memorandum kepada Suhakam yang mahu memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Dalam satu kenyataan semalam, Hishammuudin berkata undang-undang baru yang akan menggantikan ISA, yang akan dimansuhkan, tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan.
Beliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.
Beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Akta Patriot di Amerika Syarikat dan Akta Antikeganasan di United Kingdom dan Australia.
“Seperti Akta Patriot, seperti Akta Antikeganasan yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian.
“Malahan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun . . . kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Jadi jangan bersikap berat sebelah dan kita tidak mahu bersikap hipokrit dalam perkara ini,” katanya.
Malaysia juga belajar daripada pengalaman negara-negara lain yang telah menghapuskan akta-akta sedemikian tanpa berfikir panjang dan akhirnya padah menimpa mereka, katanya.
Pada 15 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Dalam pada itu, memorandum Bebas mahu AUKU dimansuhkan berdasarkan dua teras iaitu peruntukannya membunuh aktivisme mahasiswa dan mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa.
Selain itu, Bebas menuntut para ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara, kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti dan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan.
Bebas juga mahu mahasiswa mempunyai kebebasan untuk belajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara, mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti dan bebas menjalankan apa jua aktiviti seperti demonstrasi, himpunan aman, rapat umum, seminar, diskusi dan lain-lain aktiviti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.
Selain itu, Bebas juga mahu mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk menjalankan pilihan raya kampus sendiri bagi memilih perwakilan pelajar yang bakal memimpin persatuan atau badan induk kepimpinan pelajar.
Ia juga mahu mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk mengurus tadbir persatuan dan aktiviti persatuan atas kapasiti mahasiswa sendiri dan urus tadbir ini dijalankan oleh mahasiswa tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran universiti.
Bebas juga menuntut mahasiswa diberikan kebebasan melibatkan diri atau menjalankan seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah, mengemukakan resolusi, cadangan atau kritikan bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan, menjalankan penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka dan menyertai apa jua aktiviti di dalam dan luar universiti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.

0 Komen pengunjong :