Solidariti Anak Muda Malaysia Kecam Penipuan licik Najib

SHAH ALAM 23 NOV: Badan Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bagi menjamin kebebasan berhimpun yang dianggap sebagai penipuan licik kerajaan BN untuk menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata Rang Undang-undang tersebut merupakan 'tranformasi Politik' negetif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu perangkap yang menjelaskan lagi sikap kerajaan yang begitu takut melihat kebangkitan rakyat.
"Sebelum ini rakyat seolah-olah dijanjikan sebuah sinar harapan apabila beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih lagi digunakan di Sabah dengan penahanan 13 aktivis PAS." jelas beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bad.
Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau berkata dengan rang Undang-Undang tersebut bukan sahaja menyebabkan perhimpunan aman tidak dapat dijalankan malah tiada lagi ceramah umum akan dibenarkan.
"Kita sebenarnya menuju ke pemerintahan kuku besi dalam bahasa lunak yang dicanang kerajaan pemerintah." jelas beliau dalam satu kenyataan media.
Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:


*Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

*Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

*Tiada protes jalanan dibenarkan.


*Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat, Empangan, takungan dan kawasan tadahan air,Loji rawatan air, Stesen penjana elektrik, Stesen minyak,Balai bomba, Lapangan terbang, Landasan keretapi, Terminal pengangkutan awam darat, Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina.


Menurut Ghegu Bad, Rang Undang-Undang tersebut sengaja digubal disaat Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir bagi menghalang kebangkitan Pakatan Rakyat.
Dalam masa yang sama rang tersebut juga sebagai usaha menghalang kebangkitan rakyat mengadakan protes berhubung kelemahan dan penyelewengan yang sedang berlaku secara berleluasa dalam kerajaan pimpinan Najib.
Katanya berdasarkan lokasi-lokasi larangan yang telah ditetapkan tersebut menunjukkan tidak ada tempat lagi yang dibolehkan untuk diadakan perhimpunan.

1 comment :

  1. skang dekat pilahan raya kerajaan malaysia memeras warga asing nak dapat duwid untuk menyumbat rakyatnya itukah kerja kerajaan malaysia yang orang2 banggakan sanggup ugut warga asing nak dapat duwid sungguh bijak kepala hotak die mcam babi x ber peri kemanusiaan sanggup ugut warga asing nak kekal kan kedudukan nya sho sekarang dekat pilihan raya buat pemutihan berdaptar sekarang ade lagi baru buat penjamin klo xde surat tu die akan di tahan ituh mitip bagi orang yang bodoh

    ReplyDelete