Fitnah II: Pendakwa mahu panggil 4 saksi balas


KUALA LUMPUR: Kes Fitnah II yang kini di peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bersambung semula hari ini dengan pendakwa raya memohon memanggil empat saksi balas (rebuttal witness) mereka untuk memberi keterangan.
Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden dijangka berbuat demikian untuk membidas keterangan pakar tulang belakang Jerman, Dr Thomas Hoogland, yang merawat kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Pada perbicaraan sebelum ini, Dr Hoogland mengesahkan Anwar masih lagi menderita sakit tulang belakang yang mengehadkan pergerakannya.
Beliau juga mengesahkan Anwar tidak mampu untuk membongkok dan berlutut di atas lantai tanpa mengalami kesakitan teruk, sekaligus membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak melakukan aksi fitnah seperti yang didakwa pengadu,
pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam untuk mengeluarkan sepina terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak danisterinya, Datin Seri Rosmah mansor sebagai saksi dalam kes itu.
Keputusan itu dibuat hakim Zabidin Mohamad Diah, meskipun jelas Saiful ada menemui perdana menteri dan isterinya, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.
Peguambela juga pada minggu lalu memilih untuk tidak memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Melaka, Mohd Rodwan Mohd Yusof memberi keterangan kerana menganggap ia sudah tidak lagi relevan.

0 Komen pengunjong :