PKR Bersedia Walaupun Berdepan Risiko Dibubar


PETALING JAYA 21 MEI : Walaupun kerajaan Umno- Barisan Nasional menerusi Pendaftar Pertubuhan (RoS) cuba untuk mengharamkan PKR, namun parti itu telah bersedia dengan benteng pertahanan bagi menyekat kemuncak serangan rejim itu.
Malah Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi amaran kepada pegawai kerajaan agar tidak mengadaikan prinsip profesionalisme semata-mata untuk tunduk dengan kepentingan politik Umno-BN.
"Saya ingin mengingatkan mereka kalau pun dibatalkan, kita akan tetap lawan, kita yakin dan kita ada cara atasinya. Jangan mereka ingat mereka ini Mubarak," nasihat beliau.
Dalam temuramah khas Tv Selangor bersama Ketua Pembangkang Malaysia itu, Anwar menggambarkan peranan pegawai kerajaan mengutamakan keberhasilan negara harus diberi pujian.
Beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, sistem politik negara memerlukan sokongan penuh golongan ini sekaligus memberi implikasi besar kepada pentadbiran negara.
Namun kata Anwar, sekiranya segelintir pegawai kerajaan membenarkan diri untuk diperalat oleh golongan berkepentingan maka ia mencerminkan sifat buruk kesemua kakitangan itu.
Anwar merujuk kepada pegawai RoS, Datuk Abdul Rahman Othman yang mengemukakan notis kepada PKR mengugut untuk membatalkan pendaftaran kerana mendakwa mendakwa parti itu melanggar Undang-Undang Berdaftar Parti.
Beliau juga tidak menolak usaha yang didalangi kerajaan Umno-BN untuk mencari peluang membubarkan parti PKR menjelang Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.
"Dalam kes terbaru pendaftar pertubuhan, jelas dibuat pada tahap yang cukup memalukan. Rujuk kepada undang-undang yang salah, peraturan tidak konsisten. 
"Pemecatan dilakukan oleh semua parti termasuk Umno. Ribuan ahli-ahli Umno yang menyertai ahli Umno menyertai Keadilan semua dipecat tanpa tunjuk sebab tetapi untuk kita, satu kes sebagai alasan untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan," ujar beliau.
Pada sidang media PKR kelmarin, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan satu lagi usaha Umno-BN untuk memansuhkan PKR berasaskan peruntukan perlembagaan parti yang direkayasa.
RoS memberi notis untuk membatalkan pendaftaran PKR  mulai 9 Jun depan kerana kononnya memecat seorang ahli bernama A. Jayagopal pada tahun 2009 tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Displin parti itu.
Namun peruntukan yang dirujuk RoS itu menurut Saifuddin tidak terkandung dalam perlembagaan parti tetapi cuma Fasal 32 yang tidak ada kaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin.
Fasal 32 itu menetapkan bahawa Majlis Pimpinan Pusat mempunyai kuasa muktamad menyelesaikan sebarang pertikaian mengenai tafsiran perlembagaan atau peraturan tetap mengenai kongres parti.
"Sebab itu saya ingin mengingatkan pegawai-pegawai walaupun mirip politik itu hak mereka, bila diperalatkan sebagai perkakas murahan sebegitu, darjat profesionalisme pegawai dalam sistem pentadbiran itu akan terjejas," katanya lagi.

2 comments :

  1. Selepas serangan terhadap Anwar, Anak Anwar Nurul Izzah diugut, kenderaan Anwar disabotaj, pengharaman lidah rasmi parti Suara Keadilan, kemudian ceramah-ceramah Anwar disekat. kini ROS berusaha sebagai tali barut UMNO untuk mengharamkan PARTI KEADILAN RAKYAT. Ini adalah diantara usaha yang paling dayus, jahat dan khianat dalam sebuah negara demokrasi. Dimanakah ketelusan dan kedaulatan undang-undang sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara. Umno dan Najib melacurkan lunas-lunas demokrasi hanya untok mempertahankan kuasa mereka yang semakin hari semakin nazak.
    Perkara ini cukup jahat dan dayus yang cuba dilakukan oleh pemimpin UMNO terutama Najib untuk memberikan tekanan yang serius kepada PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR). Untok berdepan secara 'face to face' atau secara demokratik dalam satu-satu isu, mereka tidak mampu untuk berdepan dengan kepimpinan Anwar yang karismatik malah Anwar lebih berwibawa dari Najib dalam apa cara sekali pun. Untuk menyekat Anwar berbagai cara sudah dilakukan dengan kes liwat dan isu video seks tapi rakyat tetap memihak kepada Anwar dan Pakatan. Untuk menghalang Anwar ke Putrajaya, jalan terakhirnya mengarahkan tali barutnya ROS membatalkan pendaftaran Parti Keadilan secara reka cipta isu-isu yang dongeng dan tak masuk akal. Cara inilah satu-satunya untuk Najib menghalang Anwar dan PR menuju ke Putrajaya. Meskipun begitu, manusia cuma merancang. Tuhan yang menentukannya.Perancangan tuhan yang sebaik-baiknya. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. @martoiriat ..... saya sependapat dengan saudara, apa yang dapat kita laukan ialah cuba memperjelaskan sebaik mungkin kepada mereka-mereka yang terpedaya dan termakan hasutan umno/bn ini. Disamping itu sama-salah kita doakan agar allah menunjukan kebenaran kepada yang benar. Insyaallah....

    ReplyDelete