Pakatan Rakyat Akan Bawa Speaker Ke Mahkamah



KUALA LUMPUR 16 DIS:Ahli Parlimen Pembangkang keluar dewan sebelum pengundian menyatakan bantahan terhadap keputusan Speaker.

Speaker didakwa gagal melaksanakan tugas kerana arahan telah diberi oleh Barisan Nasional(BN).

Pakatan Rakyat juga mendakwa Speaker hilang kelayakan dari segi integriti, tiada amalan demokrasi dalam parlimen. Pakatan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat untuk membincangkan apa tindakan selepas ini.

"Speaker cuba kelirukan parlimen. Memalukan dalam sistem parlimen. Saya sudah siapkan dokumen untuk mendedahkan penglibatan Umno dengan Apco. BN mahu rampas kuasa parlimen melalui 2/3 majoriti. Kita akan fokus konvesyen dan akan memberi penjelasan kepada rakyat. Ini cabaran kepada PR. Sudah cukup, Speaker tidak profesional dan bias," dakwa Anwar.

Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh akan membawa perkara ini ke mahkamah.

"Kita tidak mahu beliau terlepas dari perkara ini untuk masa depan. Counter productive to BN," katanya ini sebagai pelangaran hak asasi dan demokrasi.
Dewan Berantakkan: Speaker Enggan Undur Diri
Dewan Rakyat hari ini berantakan apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia enggan berganjak dari pendiriannya untuk tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya dari hukuman gantung selama enam bulan.

Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bingkas bangun menuntut penjelasan, namun permintaan mereka tidak dilayan. Placard(sepanduk) dibawa masuk ke dalam Dewan, menuntut proses keadilan dipulihkan.

Kedengaran juga laungan mengesa agar speaker mengundur diri dari mempengerusikan sidang pada hari ini.

Kekecohan dalam dewan menyebabkan Speaker bercadang untuk menggunakan peraturan 44 bagi membolehkan semua Ahli Parlimen Pembangkang dikenakan hukuman gantung dewan.

Pada ketika ini semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan.

Hari ini adalah hari terakhir Parlimen bersidang, dan dijangka yang terakhir sebelum ia dibubarkan tahun hadapan.

Anwar, dan tiga wakil rakyat yang lain menghadapi hukuman gantung enam bulan.

Ahli Parlimen Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Karpal Singh dikenakan tuduhan menghina kerana mengkritik perjalanan berat-sebelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Jawatankuasa tersebut dikecam kerana enggan membenarkan Anwar mengemukakan bukti, dokumen dan saksi bagi membantu hujahnya berhubung kaitan Umno dan firma perunding berkaitan Zionis, Apco Worldwide.

Manakala Ahli Parlimen Azmin Ali juga menghadapi hukuman yang sama kerana mempertikaikan keputusan Speaker menolak usul membincangkan kepincangan itu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mencabar Speaker Dewan Rakyat, Tan Seri Pandikar Amin meletakkan jawatan sebagai Yang diPertua Dewan kerana gagal menjalankan tugas secara adil dan saksama.

Speaker Pandikar Amin Mulia dituduh sedemikian kerana menafikan seorang wakil rakyat membela diri dari hukuman.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi hukuman gantung enam bulan selepas beliau dihadapkan ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen untuk menjawab kenyataanya berhubung hubungan Umno dan firma kaitan Zionis, Apco Worldwide.

Sementara itu, tiga lagi wakil rakyat juga turut menghadapi hukuman yang sama.

0 Komen pengunjong :