Ucapan Presiden Tumpu Kepada Pengukuhan KEADILAN

KONGRES_NASIONAL_FinalLogo

SHAH ALAM 24 Nov - Ucapan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Kongres Nasional Ke-7 selama tiga hari yang bermula Jumaat ini akan menumpukan kepada membina keutuhan dan keupayaan KEADILAN sebagai sebuah parti berbilang kaum yang dinamik dan berdaya saing.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata KEADILAN merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang benar-benar bersifat berbilang kaum sejak penubuhannya pada April 1999.

"Ini adalah satu-satunya parti politik yang bersifat 'multiracial' di Malaysia sejak pelancaran pada April 1999, kita menawarkan KEADILAN sebagai parti 'multiracial' dan selepas 11 tahun ianya terbukti dicerminkan daripada keanggotaan pelbagai kaum.

"Tumpuan juga dalam ucapan presiden akan mengandungi komitmen KEADILAN untuk menghukuhkan Pakatan Rakyat sebagai satu alternatif yang berkesan bagi menyaingi Barisan Nasional," kata Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti di Tropicana Isnin lalu.
Saifuddin menjelaskan kepelbagaian kaum di dalam KEADILAN dicerminkan darpada komposisi keanggotaan parti di mana pecahan 50 peratus ahli adalah daripada kalangan orang Melayu, 23 peratus India, 12 peratus Cina dan 15 peratus terdiri daripada kaum etnik Sabah dan Sarawak.

"Ucapan presiden juga akan menyentuh usaha mengukuhkan lagi imej KEADILAN sebagai parti masa depan yang melaksanakan beberapa inovasi baru termasuk mengadakan sistem pengundian terus dan menjadikannya sebuah parti yang sebenar-benarnya berbilang kaum," kata beliau.

Tambah Saifuddin, sistem pengundian terus yang digunakan oleh KEADILAN dalam pemilihan parti baru-baru ini merupakan satu inovasi yang belum pernah dibuat oleh mana-mana parti politik di negara ini.

"Ucapan dasar presiden akan juga mengupas topik-topik berkenaan dengan pendidikan, ekonomi dan juga berkaitan dengan komitmen parti menangani isu-isu yang berkaitan orang Melayu seperti maruah Melayu dan sebagainya," ujar beliau lagi.

2 comments :

  1. salam sahabat, diharap kongres dapat mengukuhkan ahli parti dan mencari elemen baru utk mentabiahkan ahli spy sedar akan perjuangan sebenar.

    ReplyDelete
  2. @Mohamadazhan hjDesa..... saya pun mengharapkan begitu juga. Mudah2an keyakinan rakyat terhadap PKR akan terus kekal.

    ReplyDelete