Kesal Umno Amalkan Budaya Samseng : Faekah




SHAH ALAM  7 NOV : Budaya samseng dan gangsterism  sepatutnya tidak wujud dalam politik sebuah negeri berstatus negeri maju tegas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Faekah Husin turut kesal dengan tindakan dipercayai Pemuda Umno yang  memukul  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lim Khamis lepas.
Menurut beliau, budaya samseng dan gangsterism ini juga sepatutnya tidak wujud dalam politik maju dan menyifatkannya sebagai suatu perkara yang tidak relevan pada abad ke-21 ini.
Faekah berkata, budaya pukul yang masih berleluasa dalam tahun 2010, dalam abad 21 ini, tidak dilakukan oleh jaguh kampung, sebaliknya dilakukan oleh seorang yang bergelar menteri.
Beliau juga bertegas, apa yang dilakukan oleh Adun Sekinchan itu, sekadar mendengar masalah para petani dan cuba membantu menyelesaikan isu terbabit.
AJK Pusat Parti DAP, Teng Chang Khim, mengulas tindakan memukul tersebut seolah-olah sengaja mengganggu tugas seorang wakil rakyat dalam menjaga kepentingan penduduk di kawasannya.
Beliau berkata, ia merupakan suatu tindakan ganas yang tidak boleh dimaafkan bagi masyarakat di Malaysia ini kerana negara mengamalkan sistem demokrasi dan wakil rakyat adalah dipilih bagi menjalankan tugas bukan setakat di kawasan beliau sahaja. 
Jadi sesiapa yang tidak memahami konsep yang paling asas ini sebenarnya dia tidak layak menjadi pemimpin.
Ketika dihubungi Selangor Kini, Ng Suee Lim semakin pulih dan akan dibenarkan keluar pada petang ini.
Menurut beliau, bengkak dan lebam merah sudah semakin pulih, begitu juga dengan sakit kepala.
Beliau juga berharap dapat hadir pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS)yang bermula esok bagi mendengar pembentangan bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar.
Sementara itu, Dr Yaakob Sapari juga berasa kesal terhadap tindakan ganas sekumpulan yang dipercayai daripada Pemuda Umno yang memukul Ng Suee Lim itu tanpa sebab yang munasabah.
Justeru beliau juga mendesak supaya ketua Umno bahagian Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar tampil memohon maaf.
Pada Khamis lepas, Ng Suee Lim dicederakan oleh sekumpulan yang dipercayai daripada Pemuda UMNO ketika beliau akan mengadakan sesi dialog bersama pesawah berkenaan isu harga padi yang rendah.

1 comment :

  1. Saya amat sokong dengan pendapat Cik Faekah, dan saya berharap dalam masa depan jangan sekali cuba bawa pengawal peribadi pun. Cik Faekah tidak pernah mengamalkan tabiat seperti itu tapi yang memalukan ialah Y.B.2 di Selangor. Sampai anak bini pun di upah pengawal peribadi apa jadahnya semua ini? Sehingga rakyat pun gerun tengok keadaan yang agak ngeri itu.
    Y.B.2 tolong belajar sikit dari Cik Faekah cara membawa diri dengan rakyat. Salam.

    ReplyDelete