Halang Rakam Bumbung Parlimen Bocor


KUALA LUMPUR 24 NOV : Portal Malaysiakini melaporkan parlimen hari ini menerima kehadiran kakitangan penyelengaraan Jabatan Kerja Raya untuk memeriksa bumbung bangunan tersebut yang bocor ketika hujan lebat semalam.
Jurugambar media kemudian bergegas mengikut petugas berkenaan namun kehadiran mereka tidak disenangi lapor portal itu lagi.
Mereka kemudian dimaklumkan, bahawa media tidak dibenarkan berada di bahagian bumbung parlimen kerana tempat media hanyalah di lobi dan tempat wartawan Dewan Rakyat.
Mereka yang telah merakamkan gambar diminta memadamkannya di kamera DSLR serta meninggalkan kawasan larangan itu serta-merta.

Bagaimanapun, jurugambar berjaya memulihkan gambar-gambar berkenaan.
Semalam, bumbung kafeteria yang dikhaskan untuk ahli parlimen bocor selepas hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 1 petang semalam.
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi kemudiannya memanggil pihak media untuk melihat sendiri keadaan bumbung yang menurutnya merbahaya kepada ahli parlimen.

"Menteri yang menjaga hal ehwal parlimen harus memberikan penjelasan.

"Sudah banyak dana yang dikeluarkan untuk membaikpulih bangunan in tetapi perkara sama tetap berlaku," ujar beliau.
Menurut beliau, insiden berkenaan tidak sepatutnya berlaku memandangkan banyak dana dikeluarkan sejak 2004 untuk perbelanjaan membaiki bangunan.
Sebelum ini, bumbung Dewan Rakyat juga dilaporkan bocor pada pertengahan tahun.

0 Komen pengunjong :