Gobind diarah keluar dewan

Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh hari ini diarahkan keluar dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana terus mengasak menuntut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, berhubung serbuan polis ke atas bekas Sultan Kelantan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum itu mendakwa persoalan berkenaan tidak perlu dijawab kerana tiada dalam senarai perbahasan bajet yang dibentangkan.

Gobind bagaimanapun bertegas dan mahu Hishamuddin menjawab sama ada ada atau tidak siasatan dijalankan.

Speaker bagaimanapun berkata menteri mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Gobind bagaimanapun bertegas dan terus menyoal speaker jika di dewan yang mulia ini dia tidak dapat jawapan di mana lagi beliau harus bertanya.

Pandikar Amin, kemudian meminta Gobind keluar dan berehat.

Sebelum keluar Gobind berkata lebih baik keluar daripada terus berada di dewan ini dengan menteri tidak dapat memberikan jawapan.

"Besok saya datang dan saya akan tanya soalan yang sama untuk mendapatkan jawapan dari menteri," kata Gobind.

Speaker kemudian menangguhkan sidang untuk rehat sesi tenghari dan akan bersambung pada sebelah

0 Komen pengunjong :