PNB Mahu Guna Dana Pencarum Untuk Kayakan Poket Kroni Umno-BN

logo_PNB
KUALA LUMPUR 22 Okt - Permodalan Nasional Berhad (PNB) di dakwa memperjudikan wang simpanan rakyat yang mencarum kepada pelbagai dana di bawah institusi tersebut untuk membina Menara Warisan Merdeka 100 tingkat  demi memenuhi ketamakan pimpinan Umno-Barisan Nasional yang gilakan projek mega bagi kepentingan diri sendiri.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk mahfuz Omar memberi amaran dana terkumpul RM115 bilion milik orang ramai kini dipertaruhkan untuk memperkayakan lagi kroni Umno-BN.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berhubung kenyataan beliau bahawa pembinaan projek mega berharga RM5 bilion tersebut tidak membabitkan dana unit amanah tetapi menggunakan dana khas daripada keuntungan yang dibuat oleh institusi itu.

"Saya ingin mengingatkan beliau bahawa nilai saham yang terkumpul dalam PNB adalah RM115 bilion, hasil daripada Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera dan lain-lain dana.

"Saya tidak fikir PNB mempunyai dana yang lebih besar daripada yang dikumpulkan dari segenap masyarakat,

"Apa yang saya ingin ditegaskan di sini, secara langsung atau tidak ia akan melibatkan hasil keuntungan daripada dana saham-saham amanah tersebut," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen tengahari semalam.

Tambah beliau, apa yang dikesalkan keuntungan tersebut sepatutnya diberikan sebagai dividen kepada pemegang saham dan tidak adil jika PNB mahu menggunakan keuntungan itu untuk membina menara mega dalam keadaan di mana Kuala Lumpur sudah pun mempunyai lambakan ruang pejabat yang tidak disewa.

Mahfuz juga memberikan contoh di mana syarikat Naza juga akan membina bangunan 100 tingkat melalui pertukaran tanah dengan pihak Matrade bagi membina bangunan tersebut.

"Selepas ini, kita akan ada 200 tingkat sedangkan kita sudah melihat lebihan ruang tersebut sehingga 2014, jumlahnya adalah 15 juta kaki persegi sedangkan permintaan sudah berkurangan.

"Umpamanya pengurangan kadar sewa oleh Menara Citibank daripada RM7 sekaki kepada RM6 menunjukkan permintaan telah berkurangan sehingga terpaksa menawarkan dengan kadar harga yang lebih murah di kawasan segi tiga emas bandaraya," tegas Naib Presiden PAS itu.

2 comments :

  1. doa lah semoga kite dijauhi dari pemimpin2 yang zalim

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, moga Allah akan terima doa orang yang dizalimi. Amin......

    ReplyDelete