Demi Kuasa, Umno Kelantan Tergamak Hina Nik Aziz

Sultan_Nik3

Semalam sewaktu membahaskan ucapan Presiden UMNO, Timbalan Ketua UMNO Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad telah melempar fitnah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan UMNO.

Berikut merupakan sebahagian dari fitnah yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz:

“Adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.”

Mungkin Md Alwi tidak tahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan antara tokoh yang akrab dengan DYMM Sultan Kelantan yang baru iaitu Sultan Muhammad V.

Sumber dari dalam istana juga mengakui bahawa Sultan Muhammad V sering menimba ilmu dan banyak mendengar nasihat serta tunjuk ajar dari Tuan Guru Nik Aziz terutamanya dalam selok belok pentadbiran negeri Kelantan.

Siapakah Md Alwi yang begitu biadab mahu menghina guru kepada DYMM Sultan Muhammad V?

2 comments :

  1. Sultan Muhammad V ada ciri2 contoh Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan Kota Konstantinopel, yang menjadikan alim ulamak sebagai penasihat..bukan sebagai boneka didalam kerajaan..harapnya Sultan Muhammad V akan memiliki rakyat yang baik, tentera yang dan menjadi pemimpin yang baik kelak.Allahuakbar...amin..

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, sama-samalah kita doakan agar baginda akan menjadi Sultan contoh

    ReplyDelete