Umno Bn Tertekan Galak Guru Sama Berpolitik

Ketiadaan individu yang benar-benar mencakupi aspirasi rakyat jelata dalam lapisan kepimpinan Umno hari ini mendesak parti perkauman itu merekrut guru-guru menyertai gagasan pemerintah.
Namun, Umno cuba menyekat idealisma politik yang sihat dan bersih dengan mengenakan pelbagai tekanan keatas guru-guru. Antara tekanannya adalah gesaan supaya guru-guru terbabit hanya memilih parti Umno sebagai landasan politik mereka.
Exco Selangor Dr Halimah Ali berkata guru-guru seharusnya menjadi konduit politik berkecuali, yang menerapkan prinsip anti-rasuah dan demokrasi dalam jiwa anak-anak Malaysia.
Peranan guru-guru adalah seperti ibu dan bapa angkat, yang menanam semangat negara bangsa merentasi garis perkauman dan agama, bukannya menjadi alat pemerintah untuk memperhambakan jatidiri merdeka.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang menyeru guru-guru untuk mempertimbangkan kesannya jika mereka menyertai parti pembangkang.
"Kemungkinan ini satu,sebab mula-mula strategi umno dia sasar golongan ulama muda,masuk umno untuk perkuat umno,ok itu golongan agama,kedua,dia dah tahu sekarang ini bahawa ramai juga guru-guru dan juga ibu bapa kepada pelajar disekolah itu memihak kepada pakatan rakyat,seperti di Selangor.
“Jadi apabila guru dibika untuk berpolitik dalam mereka memberikan had-had mungkin isyarat-isyarat tak perlu bersurat tapi tersirat,macam kami exco dan adun kerajaan pakatan rakyat tidak dibenarkan masuk kedalam sekolah melalui isyarat tersirat,” katanya.
Dr Halimah menjelaskan Umno sebenarnya masih belum mahu melepaskan cengkaman ke atas pemikiran guru-guru dan mahasiswa negara ini, kerana pemerintah menyedari golongan terpelajar ini cenderung mendakapi agenda perubahan dan demokrasi yang dibawa Pakatan Rakyat.
"Kita takut dan lihat apa yang berlaku,mungkin semasa pilihanraya yang lepas,dimana sekolah-sekolah digunakan sebagai pentas politik dan apabila guru-guru ini dipaksa rela oleh umno untuk agenda mereka seperti program motivasi dan sebagainya,tetapi itu bukannya program tetapi sebagai tempat mereka berinterksi dengan ibu bapa," katanya.
Dr Halimah menggesa institusi pergurusan sebaliknya perlu diperkasakan dan wacana kritikal diperluaskan supaya peranan mereka sebagai pendidik anak bangsa lebih berkesan dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkualiti.
Lebih dari itu, pendidik yang lantang bersuara serta orientasi politik yang berbeza dengan pemerintah tidak wajar dihukum, sebaliknya dihargai kerana membantu membentuk minda anak-anak Malaysia yang lebih yakin dan lebih berani menghadapi isu-isu pokok hari ini.
"Kalau kenyataan dilakukan dengan ikhlas,saya setuju,guru berpolitik,pegawai berpolitik kerana mereka perlu memilih siapa pembuat dasar mereka akan datang dan nak pilih parti politik mana,ok kaji betul-betul parti politik manakah yang sesuai untuk memimpin negeri dan negara,kaji betul-betul,yang kita tak nak ialah,umno bn,menteri-menteri ini hanya menyebut sahaja boleh berpolitik dengan pilih parti yang terbaik, jangan maksud parti terbaik hanya Umno.
"Kalau bagi guru dia dah buat kajian,kajian yang profesional,kajian yang kritikal, analitikaldengan fakta-fakta kajian itu,menunjukkan Umno Bn bukan parti yang terbaik maka mereka jangan ambil tindakkan terhadap guru-guru tersebut,” katanya.

0 Komen pengunjong :