Turut serta mengiringi mangsa adalah penganjur acara itu, Gerakan Mansuhkan Isa (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Aduan itu berhubung salahguna kuasa oleh pasukan polis dan pasukan Light Strike Force (LSF).
Aduan mereka hari ini didengar Pesuruhjaya baru Suhakam, Muhammad Sha'aniAbdullah.
Pada himpunan serentak di seluruh negara pada 1 Ogos lalu, 39 orang ditahan dengan alasan menghadiri perhimpunan awam. Sebahagian besar mereka itu ditangkap di Petaling Jaya manakala selebihnya di Kelantan dan Pulau Pinang.
Polis juga didakwa menggunakan kekerasan sewaktu menyuraikan himpunan secara aman itu biarpun ia turut dipantau oleh Majlis Peguam Malaysia dan Suhakam sendiri.
"Pemenang sebenar pencabulan hak asasi pada hari tersebut adalah OCPD Petaling Jaya, ASP Arjunaidi Mohamad," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.
"Pemenang sebenar pencabulan hak asasi pada hari tersebut adalah OCPD Petaling Jaya, ASP Arjunaidi Mohamad," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.
Arjunaidi katanya, langsung tidak memberi masa yang cukup untuk pihak penganjur dan peserta bersurai secara aman.
Malah lebih keterlaluan, beliau juga menggunakan LSF untuk menyuraikan perhimpunan.
Polis juga kata Syed Ibrahim, seolah-olah menghina Suhakam apabila langsung tidak menghormati pemantau-pemantau Suhakam yang hadir.
"Ini satu penghinaan kepada Suhakam, sebuah badan yang diiktiraf kerajaan," katanya lagi.
Sehubungan itu GMI dan Suaram mahu penyiasatan terbuka terhadap tindakan ganas melampau polis 1 Ogos lalu.
Mereka menuntut laporan akhir siasatan diserah kepada kerajaan agar anggota polis yang terlibat diambil tindakan disiplin.
Bagi tujuan mengelak aktivis dan pendukung hak asasi terus menjadi mangsa polis, mereka juga mencadangkan Bahagian Pelindung Hak Asasi Suhakam diaktifkan.
"Kami sering menjadi mangsa, mereka target untuk tangkap kami agar tidak meneruskan himpunan.
"Kami kemungkinan dicas dan tidak boleh hadiri mana-mana himpunan lagi selepas ini," kata wakil Suaram, Nalini Elumalai yang juga mangsa tangkapan.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah turut mengakui badan itu merasa dihina oleh pihak berkuasa dengan beberapa pencabulan yang dibuat ke atas perhimpunan aman.
"Kami dihina, dipandang rendah pihak berkuasa, tapi ini satu cabaran buat kami untuk terus membuat lebih baik, ini perjuangan kita bersama" katanya.
Turut dikesali tindakan pihak berkuasa memperalat media sejurus satu-satu himpunan dengan memberi gambaran perhimpunan tersebut satu jenayah.
Namun beliau turut memberi komitmen bahawa lebih ramai Pesuruhjaya Suhakam akan turun bersama pada setiap program himpunan berkaitan Hak Asasi agar ianya lebih memberi kesan.
0 Komen pengunjong :