Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.
"Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang.
"Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya,” tambahnya.
Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998.
"Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik,” katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Awnar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu.
Menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bangun mencelah bahawa Zulkifli sendiri pernah memaki hamun hakim dalam ceramahnya sebelum ini, katanya, beliau telah mengambil inisiatif memohon maaf dengan mereka yang terbabit.
"Memang kita dulu diajar maki hamun, caci orang, tuduh orang, semua orang tak betul, hina orang dengan label macam-macam,” katanya.
Zulkifli selanjutnya berkata, contoh strategi pembangkang yang dapat dilihat ialah dalam isu yang mengaitkan APCO di negara ini dengan Yahudi.
"Tengok bagaimana putar belit isu APCO ini. Saya tak pernah nak cakap isu APCO ini, (tapi) orang dah tanya pendirian saya tentang isu APCO. Dia katakan APCO masuk ke Malaysia, masuk ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, menguasai sistem komunikasi, APCO telah begini, APCO begitu.”
"Yang dia tak beritahu dengan rakyat, APCO yang pergi ke PDRM ini dengan APCO Worldwide adalah dua perkara berbeza. Kalau tengok APCO ini yang dikatakan masuk dalam sistem komunikasi PDRM dikaitkan dengan APCO Worldwide, APCO Worldwide bukan APCO,” katanya.
Kembara Jr.......... Mamat ni sorang memang kaki pembohong. Kalau dia kata diajar berbohong kenapa dia sanggup lakukan sedang dia tu pada zahirnya selalu cakap pasal hukum hakam Islam takkan tak tahu berbohong tu berdosa. Engkar saja lah arahan tersebut. Kalau jenis spesis katak ni memang tak boleh percaya. Nampaknya bila dah mesra Umno/BN semua yang dibuat semasa pembakang tak betul dan apa yang dibuat Umno/BN semuanya betul.
kencing lebat la ini org adoiyai...
ReplyDelete