Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam menolak usul untuk membahaskan isu penggantungan permit penerbitan Suara Keadilan dalam kamarnya atas alasan Kementerian Dalam Negeri masih lagi dalam peringkat pertimbangan berhubung isu tersebut.Usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Dewan Rakyat pada Isnin lalu membantah tindakan KDN tersebut serta mendesak Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein segera mengarahkan agar permit tersebut diperbaharui.
Azmin yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata Suara Keadilan telah membuat permohonan untuk memperbaharui permit sejak bulan Mac 2010.
Beliau mempersoalkan mengapa pihak KDN mengambil masa yang terlalu lama untuk memproses permohonan tersebut.
"Jangan salahkan kami, kita telah mengikuti segala prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.
"Kita merasakan pihak kementerian mempunyai mala fide, berniat jahat terhadap Suara Keadilan maka jangan dibebankan kepada KEADILAN," ujar Azmin.
Beliau dalam pada itu menegaskan lidah rasmi parti itu akan tetap diterbitkan seperti biasa.
- Suara Keadilan
0 Komen pengunjong :