Umno-BN Susun Strategi Rompak Dana Petronas, Anwar Kemuka Usul Di Parlimen

KUALA LUMPUR 8 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul berhubung isu penurunan perolehan syarikat petroliam negara, Petronas sebanyak 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion dan penurunan keuntungan sebanyak 23.2% kepada RM40.3 bilion yang mempunyai kesan yang besar kepada negara.
Dalam sepucuk surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dihantar semalam, Anwar memohon  penangguhan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 bagi mebincangkan perkara tersebut membincangkan perkara tersebut yang berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.
Usul tersebut berbunyi:
"Pada 1 Julai 2010 Petronas mengumumkan laporan prestasi kewangan dan operasinya bagi tahun kewangan  berakhir 31 Mac 2010. Laporan tersebut menunjukkan penurunan perolehan dan keuntungan yang mempunyai kesan kepada kedudukan kewangan negara.
"Petronas merupakan penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan. Namun, akibat daripada kegagalan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional bagi menjana ekonomi, saban tahun Petronas dibebankan dengan tanggungjawab menanggung perbelanjaan boros kerajaan.
"Disebalik janji kerajaan untuk mengambil langkah mengurangkan kebergantungan kepada hasil Petronas untuk membiayai perbelanjaan negara, kerajaan menuntut bayaran dividen dikekalkan pada RM30 bilion.
"Akibatnya, Petronas terpaksa membayar sejumlah RM70.9 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember 2009, sedangkan keuntungannya bagi tempoh setahun berakhir 31 Mac 2010 hanyalah RM40.3 bilion.
"Ini meneruskan pola pembayaran yang terlampau tinggi yang dikenakan kepada Petronas, sehinggakan ia terpaksa memulangkan 85.6% dari keuntungannya bagi tahun berakhir 31 Mac 2010 sebagai bayaran kepada kerajaan. Ini mempunyai kesan buruk kepada ekonomi negara dan kedudukan Petronas."
Dalam usul tersebut Anwar juga menyatakan pengumuman kepimpinan baru Petronas bahawa strategi pelaburannya akan ditukar untuk menumpukan perhatian kepada pelaburan huluan dalam negara menimbulkan banyak tanda tanya.
Tambah beliau perkiraan mendadak untuk mengalihkan perbelanjaan kapital dan kos operasi Petronas ke dalam negara untuk membangunkan rezab-rezab marginal dilihat sebagai percubaan untuk merompak dana Petronas melalui cara baru.
"Kaedah menekan Petronas membayar dividen yang terlampau tinggi sudah tidak memadai untuk menanggung ketamakan pihak yang berkepentingan, maka Petronas dipaksa mengubah strateginya agar lebih banyak projek dalam negara dilaksanakan yang memungkinkan campur tangan politik.
"Mutakhir ini, ada tanda-tanda cubaan untuk menyelewengkan sumber kewangan Petronas. Jika selama ini rakyat terpaksa menanggung beban subsidi gas kepada penjana bebas (IPP) yang hanya menguntungkan temolok kroni sahaja, kini ada langkauan baru untuk merompak Petronas dengan lebih tersusun. Campur tangan dan cubaaan penyelewengan ini perlu diawasi dan ditentangi dengan sehebatnya," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi dalam usulnya.

- Suara Keadilan

Kembara Jr.......... kalau lah dah semuanya hendak disapu apa lagi yang akan tinggal untuk negara dapatkan hasil pendapatanya? Petronas adalah penyumbang hasil negara terbanyak setakat ini. Kalau lah ini pun hendak dirembat juga berertinya anak cucu kita akan merempak dinegara sendiri nanti kerana negara sudah tidak ada wang.

0 Komen pengunjong :