Kerajaan negeri akan tetap menentang kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang daripada RM7 kepada RM9.40 mulai tahun 2013.
Menurut Ketua Menterinya, Lim Guan Eng (gambar), tindakan menentang kenaikan itu adalah untuk kebaikan 1.5 juta rakyat Pulau Pinang.
Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, maka kerajaan negeri sudah pasti akan membantu rakyat dan bukannya menindas mereka dengan mengambil kesempatan dan menekan dengan kenaikan yang tidak munasabah.
Tambahnya, kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang adalah sesuatu yang penting kerana ia melibatkan rakyat negeri ini.
“Ia adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk melihat perkara ini sebagai satu beban yang menyusahkan rakyat negeri ini. Oleh kerana itu kerajaan negeri akan tetap membantah kenaikan seperti mana yang diwar-warkan oleh pihak Kerajaan Pusat sebelum ini," katanya semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Komtar selepas membatalkan mesyuarat bantahan kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang setelah ketidakhadiran seorang pun wakil dari Barisan Nasional. Mesyuarat bantahan tersebut telah diputuskan untuk diadakan di tingkat 28, Komtar bersama-sama dengan pemimpin Barisan Nasional, namun begitu setelah menanti selama setengah jam, akhirnya mesyuarat terpaksa dibatalkan. Katanya, BN tidak memahami hasrat sebenar kerajaan negeri mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan mereka.
“Tujuan kita adalah bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang sekiranya tol jambatan ini dinaikkan. Kita juga berharap dengan adanya perbincangan ini maka suara rakyat ini dapat dibawa ke mesyuarat Kabinet. Oleh kerana itu tindakan mereka tidak hadir ini seolah-olah membuktikan BN tidak prihatin terhadap masalah dan beban yang ditanggung oleh rakyat sekiranya tol Jambatan Pulau Pinang ini dinaikkan," katanya lagi.
Kembara Jr.......... manakah sikap perihatin kerajaan Umno/BN kepada rakyat ?? kerajaan 1Malaysia yang diwar-warkan selama ini. Dalam keadaan ekonomi rakyat yang terbeban masih lagi mahu membebankan rakyat dengan kenaikan tol pulak. Dalam keadaan seperti ini kerajaan sepatutnya cuba mencari jalan untuk meringankan beban rakyat, bukannya menambahkan beban. Cadangan Pulau Pinang untuk tetap membantah kenaikan tol amat wajar diberi sokongan.
Aku sokong bantah kenaikan harga tol ini
ReplyDelete