Mereka juga meminta agar mengiktiraf dan menghormati hak bagi memastikan orang asli terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan negara.
Berikut merupakan resolusi yang dimeterai dalam Deklarasi Krokong semasa Persidangan Perhutanan Borneo yang dihadiri wakil daripada Sabah, Sarawak, Timur dan Barat Kalimantan.
Persidangan itu juga merupakan anjuran bersama Persatuan Sarawak Dayak Iban, Institut Sumber Borneo Malaysia, Pembangunan Daya Warisan Asli, Pascos Trust, Aliansi Masyarakat Adat Nusantara, Indonesia, dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia.
Deklarasi Krokong mengingatkan kepada dua negara yang terlibat dalam menyokong dan mengamalkan Deklarasi Hak Orang Asli PBB (UNDRIP) tentang kewajipan mereka untuk menjaga hak-hak orang asli.
Deklarasi itu menyeru agar :
- Memastikan agar kaum orang asli dapat melibatkan diri sepenuhnya da;am polisi pembangunan, pelan, taksiran, dan pelaksanaan berkaitan dengan orang asli tertakluk kepada Kebebasan, Keutamaan, dan Maklumat Bersama (FPIC).
- Menagguhkan projek pembangunan yang telah dikenal pasti menceroboh dan mengancam kawasan penempatan orang asli.
- Menyemak semula kesemua undang-undang dan peraturan sedia ada yang menyekat hak dan kebebasan orang asli.
- Menggesa kerajaan Malaysia dan Indonesia agar segera menghentikan dan meyiasat segala bentuk penecerobohan dan ancaman terhadap masyarakat asli.
0 Komen pengunjong :