KUALA LUMPUR, 9 Julai — Konsep 1 Malaysia yang disandarkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak popular di kalangan bukan Bumiputera sambil mereka menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu.
Penemuan terbaru firma kajian pendapat umum, Merdeka Center menunjukkan hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1 Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan.
“Sementara 46 peratus mendapati ia (konsep 1 Malaysia) hanya satu taktik untuk memenangi sokongan politik bukan Melayu manakala 16 peratus mengatakan mereka tidak mengetahuinya atau enggan menjawab soalan ini,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Najib sebagai gagasan pentadbirannya 15 bulan yang lalu.
Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam awal April 2009.
Kajian ini dikendalikan antara 21 Jan dan 26 April lalu untuk mendapatkan pandangan rakyat mengenai soal perpaduan nasional, integriti, penyertaan demokratik dan tindakan afirmatif.
Berhubung pandangan mengenai arah tuju perpaduan nasional, Ibrahim berkata, rakyat Malaysia melahirkan pandangan berbelah bahagi.
Seramai 48 peratus responden yang ditermui berpendapat bahawa negara menjadi semakin bersatu manakala 43 peratus berpandangan Malaysia berada dalam kedudukan sebaliknya.
Kajian itu juga menunjukkan pertelingkahan keterlaluan di kalangan ahli-ahli politik dan parti-parti politik merupakan antara sebab utama hubungan antara kaum semakin buruk.
Pandangan itu dipersetujui oleh kira-kira 13 peratus responden manakala sembilan peratus mengatakan ia berpunca daripada kurangnya persefahaman dan sikap hormat-menghormati kaum lain.
Seramai 3,141 orang dewasa berusia antara 19 tahun dan ke atas dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak ditemu bual oleh Merdeka Center.
Daripada jumlah itu 51 peratus merupakan orang Melayu, 26 peratus Cina, India (tujuh peratus), Bumiputera Islam (sembilan peratus) dan bukan Bumiputera Islam (tujuh peratus).
Pada Mac lalu, Jabatan Penerangan mendapati rakyat keseluruhan tahu kewujudan konsep 1 Malaysia tetapi masih belum mencapai kefahaman penuh tentang konsepnya.
Kajian yang dibuat jabatan itu mendapati 80 peratus daripada rakyat negara ini mengetahui berkenaan 1 Malaysia namun penjelasan mereka tidak menggambarkan pemahaman penuh berkenaan intipati gagasan itu.
“Jadi tahun ini kita akan meneruskan lagi usaha untuk memberi penjelasan tentang konsep 1 Malaysia dan bagaimana rakyat dari segenap lapisan masyarakat dapat menghayatinya secara lebih mendalam lagi,” kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Abdullah Morad.
- TMI

0 Komen pengunjong :