Kenaikan 5-1: Protes Sedia Turun Ke Jalanraya

Gabungan Protes Kenaikan Harga (Protes) bersedia untuk kembali menjajah jalanan bagi membantah tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan harga bahan bakar dan keperluan mulai tengah malam semalam, lapor portal Malaysiakini.
Gabungan itu dijangka bermesyuarat Ahad ini bagi mengkaji dan menentukan langkah susulan.
"Kita tidak menolak kemungkinan untuk turun ke jalan raya dalam masa terdekat," kata Penyelaras PROTES, Dr Mohd Hatta Ramli, dan menambah, "Pengalaman kita yang lepas bila rakyat tunjukkan kemarahan, baru kerajaan sedar dan akur dengan kesusahan rakyat."
PROTES terdiri daripada gabungan daripada parti politik dan NGO antaranya Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia.
Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara kerana harga baru gula dan bahan bakar itu bakal meninggalkan kesan berantai pada rakyat.
"Najib mungkin anggap langkah itu bijak dan menguntungkan kerajaan, sedangkan kenaikan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai (seperti) inflasi dan kos hidup melambung naik," tkatanya.
Mengulas alasan kerajaan kononnya pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia, Hatta berkata ia tidak wajar kerana Klinik 1Malaysia bersifat program politik Umno-BN.

Kembara Jr.......... aku setuju benar dengan cadangan yang dibuat oleh PROTES. Kita sebagai rakyat tunjukan yang kita tidak boleh dengan sewenangnya dibebani oleh kerajaan demi mengekalkan kuasanya. Sama-samalah kita menunjukan ketidakpuasan kita keatas kenaikan harga barang ini. Kenaikan harga barang ini antaranya adalah untuk mengimbangi kerugian yang dialami oleh kerajaan dek kerana kegagalan mengurus tadbir negara dengan baik. Akibatnya rakyat akan menanggong beban.

0 Komen pengunjong :