Tindakan tegas termasuk menggantung penerbitan Suara Perkasa jika penerangan yang diberi berhubung artikel bertajuk "Tahan Ka Siong Bawah ISA" yang diberi editornya, didapati tidak memuaskan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian itu tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan fitnah dan polemik menyentuh isu perkauman dan agama.
"Kita selalu konsisten, kalau salah tetap salah tak kira dari surat khabar mana. Jangan kerana dalam kebebasan bersuara kita tabur fitnah dan polemik kaum dan agama, ini amat berbahaya," kataya kepada pemberita di Hulu Terengganu, hari ini.
Hishammuddin yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu di Hulu Terengganu, hari ini.
Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap apa sahaja yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa KDN memberi layanan berbeza kepada Suara Keadilan dan Suara Perkasa.
"Tindakan kita jelas. Memang (editor) Suara Perkasa, bila kita minta datang, mereka datang tepat pada masanya. Masih tak puas hati (dengan menjelasan mereka) kita minta mereka datang hari Isnin ini.
"Tetapi Suara Keadilan angkuh dan susah nak beri keterangan, tetapi akhirnya mereka terpaksa juga berbuat begitu kerana itu undang-undang," katanya.
Menurut beliau, tindakan penggantungan permit seperti diambil terhadap Suara Keadilan turut dikenakan kepada akhbar-akhbar lain yang didapati melanggar syarat ditetapkan.
KDN sebelum ini memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat akhir bulan lepas setelah tidak berpuas hati dengan penjelasan sidang redaksi akhbar itu berhubung beberapa perkara.
Antaranya, pihak KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan editor akhbar berkenaan, Dzulkarnain Taib berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Felda Bankrap'.
- Bernama
Kembara Jr.......... betul ke boleh digantung? kalau ya kenapa tidak diambil tindakkan sekarang. Dah berapa hari akhbar tersebut keluar dengan tajuk yang tak sepatutnya. Sebenarnya kata-kata tersebut hanyalah untuk menghalalkan tindakkan mengantung Suara Keadilan. Mana mungkin nak gantung Suara Perkasa nanti kecil hati Ibrahim Ali sapa lagi nak jadi tukang ampu Umno/BN ??
0 Komen pengunjong :