Zahrain Orang Suruhan, Tunduk Kepada Arahan

Elizabeth Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan  menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain berhubung dakwaan video lucah membabitkan beliau sebagai mengambarkan taraf rendah moral seorang pemimpin yang tunduk kepada arahan pihak tertentu demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional.

Elizabeth dalam satu kenyataannya hari ini berkata beliau menjadi mangsa kepada Zahrain tanpa ada peluang untuk membela diri secara berdepan bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.

"Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cemuhan puak Umno-Barisan Nasional seperti yang berlaku di parlimen semalam, saya menguatkan diri ini demi tanggungjawab terhadap kawasan yang diwakili, negeri Selangor dan juga negara ini. Kenyataan tersebut adalah umpama isyarat kepada saya untuk terus berjuang serta tidak mengalah kepada mangsa keadaan.

"Saya tidak hairan apabila Umno-BN menggunakan saya sebagai sasaran mereka untuk mencemuh selain menjadi serangan politik mereka. Kita tahu itulah sikap Umno-BN mereka akan terus menyerang peribadi seseorang jika mendapat tahu ia boleh menjadi resepi politik kotor mereka.

"Dalam masa yang sama Zahrain bersama konconya bergelumang dalam politik Umno yang merupakan politik terakhir mereka, saya bersama dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor duduk bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah negara. Masih ramai pelajar yang memerlukan bantuan kita dalam meneruskan pendidikan mereka agar menjadi pelajar yang berprestasi tinggi, usaha meningkatkan pemikiran yang etnik atau luas bukan pemikiran sempit seperti Umno-BN," jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga memberitahu, dasar perjuangan yang jelas di amalkan oleh Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan sikap Umno-BN dalam politik mereka.
Itulah sebab utama kenapa beliau terus berada dalam kelompok perjuang dalam membela nasib rakyat megeri Selangor dan negara ini.

"Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah banyak memberi sokongan kepada saya ketika saya berada dalam tekanan," sambungnya lagi.



Kembara Jr.......... Si Zahrain tu dah termakan budi dengan Umno/BN jadi terpaksa lah ikut saja apa yang disurohnya. Jika tidak nanti dikatakan tak kenang budi pulak, maklumlah banyak mana dah di habiskan Umno/BN untuk Zahrain lompat hari tu. Silap-silap tak ikut suruhan ditendangnya kemana lagi si Zahrain nak bermesra. Sekarang boleh lah BEBAS mesra Umno/BN dek kerana dah dicucuk hidung.
Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :