Tian Chua Hadapi Risiko Lucut Kerusi

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Nasib Ahli Parlimen Batu dari PKR Tian Chua kini terletak di tangan Speaker Dewan Rakyat untuk ditentukan - mirip kes yang pernah disaksikan di Parlimen empat dekad yang lalu. 

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha kekal dengan keputusannya semalam mengenakan denda ke atas wakil rakyat PKR itu RM2,000, had penalti yang memadai untuk mengisytiharkan beliau sudah hilang kerusi yang dimenangi Mac 2008.

“Kami dimaklumkan oleh hakim menerusi timbalan pendaftar bahawa alasan (penghakiman) adalah jelas dan tidak memerlukan penjelasan (susulan),” kata peguam Tian Chua,  Amer Hamzah Arshad kepada The Malaysian Insider pagi ini.

Peguam-peguam Tian Chua cuba menemui hakim pagi ini berhubung keputusan petang semalam.
Hakim mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 selepas mendengar rayuannya.

- The Malaysian Insider

0 Komen pengunjong :