‘Retreat PKR’ bincang pulihkan parti


Nordin Mahmood
Perjumpaan ‘Retreat’ Mesyuarat Pemimpin Pusat (MPP) PKR bertujuan untuk mencari jalan pemulihan bagi PKR kembali bersatu tanpa sebarang perselisihan faham dalaman parti yang disebabkan oleh pihak ketiga.
Ahli Pimpinan Pusat Nordin Mahmood berkata, PKR memerlukan perubahan baru dalam mencari penyelesaian isu semasa yang dikaitkan dalam parti hingga terjadinya perselisihan faham di antara ahli sendiri.
"PKR perlu penyatuan baru dalam meningkatkan pertalian dalaman agar lebih jitu berbanding sekarang ini supaya dapat bersatu pada pilihan raya akan datang.
"Jika benar berlakunya salah faham dalam parti, kita masih ada jalan penyelesaian yang boleh diselesaikan segera demi perjuang parti," katanya yang hadir untuk mesyuarat pimpinan pusat di Quality Hotel Shah Alam hari ini.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata, perjumpaan kali ini akan membincangkan perancangan baru tian-chuadalam PKR yang inginkan kemajuan untuk lebih bersedia menghadapi pilihan raya yang ke 13 nanti.
Menurutnya, PKR tidak mempunyai masalah dalaman seperti yang diperkatakan, namun PKR tetap perlu memulihkan kembali parti untuk berada pada tahap yang lebih memberangsangkan.
"Saya berharap perbincangan MPP kali ini akan memberi keputusan terbaik dalam memulihkan parti untuk lebih kukuh berbanding sebelumnya.
"PKR mampu memenangi pilihan raya akan datang sekiranya semua ahli parti bekerjasama dalam menyelesaikan setiap kesilapan yang telah berlaku dan mencari pembaharuan terkini," katanya yang hadir di mesyuarat MPP hari ini.
Bercakap mengenai tindakan Ahli parlimen Gombak Azmin Ali meletakkan jawatan dalam PKNS, beliau menyatakan tiada kaitan langsung berkenaan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan keputusan tersebut terjadi berikutan Azmin ingin memberi peluang kepada yang lain.
"Janganlah media cuba timbulkan isu-isu untuk mewujudkan perbalahan kepada mereka berdua.sebenarnya tiada sebarang masalah berlaku diantara mereka," jelasnya.
Mesyuarat Retreat MPP PKR berlangsung bermula hari ini hingga esok di Hotel Quality Shah Alam bagi membincangkan isu semasa berkaitan

- FMT

0 Komen pengunjong :