Perhimpunan Hambar : Hanya 600 Hadir

Hanya kira-kira 600 peserta menyertai perhimpunan Melayu Bangkit di stadium tertutup Kuala Terengganu pagi ini. Perhimpunan yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu telah ditangguhkan ke hari ini setelah mendapat bantahan dari banyak pehak mengenai tarikh tersebut. Tarikh tersebut merupakan berlakunya peristiwa berdarah dinegara kita pada tahun 1969 yang lalu. Tetamu khas pada perhimpunan ini adalah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah berucap dengan mengungkit sejarah politik dan kemerdekaan negara. Menurut beliau, melayu sekarang mempunyai undi minoriti kerana pengundi Melayu hanya 60 peratus sahaja di negara ini, tetapi mereka berpecah pula kepada tiga kumpulan iaitu Umno, PAS dan PKR.

Beliau juga menyindir bekas timbalannya, tanpa menyebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan berkata "mata hitam yg mempunyai tabiat buruk, tidak boleh dibenarkan terus memimpin orang Melayu."


Kembara Jr.......... Kah! Kah! Kah! Kah! hanya 600 orang yang datang. Mana yang lain lagi datuk brahim? Aku ingat tertidur kerana semalam tidur lewat, tengok bola. Kah! Kah! Kah! Kah!...............

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :