Najib: Tarikh pilihan raya satu kejutan

Mohd Najib bin Abdul RazakDatuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.



Kembara Jr.......... Apa ditunggu lagi PM, kajian yang dibuat dah menyatakan sokongan rakyat kepada PM semakin meningkat, bubarkan aja parlimen dan adakan pilihan raya. Barulah tau benar atau tak benar Umno/BN makin diterima rakyat.

Sebenarnya Najib tak yakin malah dia sendiri sebenarnya sedar sokongan rakyat terhadapnya tidaklah sebagaimana lapuran kajian tersebut. Jadi dia tak kan bubarkan parlimen. Aku yakin 150% Najib tak kan bubarkan parlimen. Dia akan terus memerintah dengan caranya sekarang, beli katak sebanyak mungkin konon menunjukkan Umno/BN diterima rakyat. Itu aje caranya, kita tengoklah nanti...............

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :