K'jaan Pulau Pinang Tegas Dengan Pendirian, Tiada Judi Sukan

Kerajaan Pulau Pinang tetap tidak akan membenarkan pertaruhan judi sukan di negeri itu, kata Ketua Menterinya, Lim Guang Eng dan pihaknya telah menghantar surat kepada Ascort Sdn. Bhd. mengenai keputusan kerajaan negeri tersebut. 

Bagaimanapun kerajaan negeri terbuka untuk berbincang jika menerima surat rayuan daripada syarikat terbabit, namun katanya kepada pemberita di sini.beliau tidak menerima sebarang surat rayuan daripada syarikat itu, katanya.Guan Eng mengulas laporan ahli perniagaan Vincent Tan  berkata Berjaya Corporation Bhd. akan merayu kepada kerajaan negeri pakatan Rakyat agar mempertimbangkan semula keputusan melarang pertaruhan acara sukan di negeri-negeri berkenaan.  

Lesen itu diberi kepada Ascort yang dikawal oleh Vincent Tan menerusi pemilikan 70 peratus saham, pada awal tahun ini. Bagaimanapun, Vincent Tan akan menjual sahamnya itu kepada Berjaya Corp. Bhd.


Kembara Jr.......... Bila lagi kerajaan negeri bn nak ikut kerajaan Pulau Pinang tidak membenarkan pertaruhan judi sukan dilakukan sebagaimana Lim Guang Eng tegaskan.Dulu ada ahli parlimen katak tudoh Kerajaan Pulau Pinang sebagai komunis tetapi kenapa komunis boleh tidak membenarkan judi dijalankan, sedangkan negeri Islam Umno/BN yang pemimpinnya beragama Islam dan tahu judi adalah haram dan berdosa boleh membenarkan pula judi sukan ini dijalankan? Hukum hakam mana pemimpin Umno/BN ni gunapakai?

Malulah, kalau tak nak malu kat orang malulah kat diri sendiri. Lim Guang Eng yang bukan Islam tau jaga perasaan orang Islam dan tak mau judi dijalankan tetapi kita yang beragama Islam membiarkan judi di jalankan.Wahai pemimpin negeri Umno/BN, takutlah kepada tuhan jangan takutkan kepada Perdana Menteri 1Malaysia. Kita akan mati tetapi tak tau bila. Insaflah dn ingat-ingatlah..........

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

1 comment :