Kes liwat: Air mani boleh kekal 72 jam di rektum, kata pakar bedah

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pakar bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan ke atas saksi utama dan pengadu Mohd Saiful Bukhari, hari ini memberitahu makamah, air mani boleh kekal dalam rektum sehingga 72 jam selepas diliwat.
“Bila seseorang memanctukan air mani ke dalam dubur, berapa lama air mani itu akan kekal dalam dubur sebelum ia menitis keluar?” soal Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
“Kira-kira 72 jam,” jawab pakar bedah am HKL Dr Mohd Razali Ibrahim.
Saiful mendakwa telah diliwat Anwar pada 26 Jun 2008. dan telah ke HKL pada 28 Jun kurang daripada 72 jam selepas mendakwa dia diliwat.
Dr Razali memberitahu mahkamah dia memeriksa dubur Saiful 54 jam selepas perbuatan itu didakwa terjadi.
Bagaimanapun doktor itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati dubur Saiful kosong walaupun pengadu itu sebelum ini mengadu tidak membuang air besar sejak diliwat.
Dr Razali berkata kemungkinan air mani akan kekal berada dalam dubur bergantung kepada fungsi dubur seseorang atau apabila satu “pergerakan semasa” berlaku.
“Dalam sesetengah kes, anda masih boleh mendapat contoh dalam 72 jam sebagai saluran dubur tidak lurus,” kata doktor itu.
Pakar bedah itu juga berkata, ada kemungkinan seseorang masih boleh mendapatkan semula contoh air mani dalam dubur seperti beberapa sampel boleh kekal “tersangkut” di sana.
Ia bagaimanapun dinafikan pasukan pembela Anwar ketika Sankari Nair menyoal Dr Razali sama ada dia mempunyai kuasa untuk membuat kenyataan sebegitu.
Doktor itu kemudian bersetuju dengan Sankara dengan mengatakan ia berdasarkan daripada hasil “bacaan” tetapi dia tidak dapat mengingati dokumen mana yang membolehkannya membuat kesimpulan.
“Apabila saya melakukan pemeriksaan, saya tidak tahu apa yang hendak dijangkakan atau sama ada saya akan dapat mencari contoh,” kata Dr Razali.
Beliau juga kekal dengan kenyataan bahawa dubur Saiful tidak mempunyai najis, dengan menafikan dakwaan pembelaan bahawa rongga dubur Saiful tidak mungkin boleh kosong walaupun tidak membuang air besar selama dua hari.
“Ia tidak perlu ada najis dalam kawasan rongga dubur... saya bersetuju, pada masa itu ketika saya menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful, tidak ada najis,” katanya.
Perbicaraan kemudian diteruskan dengan soal balas ke atas pakar forensik HKL Dr Siew Sheue Feng.
Dr Siew memberitahu mahkamah bahawa tidak ada tanda-tanda kecederaan di kawasan dubur Saiful semasa menjalankan pemeriksaan.
Kekeliruan berlaku apabila Dr Siew diminta untuk menerangkan sejarah perubatan Saiful, di mana Dr Siew tetap mengulangi fakta satu pemeriksaan perubatan telah dibuat terhadap Saiful selepas dia “mengadu” diliwat oleh seorang tokoh yang berprofil tinggi.
Sankara dan Karpal Singh bertukar tugas menyoal Dr Siew yang tidak mampu memberikan jawapan yang jelas.
Kegagalan Dr Siew menjawab soalan yang diutarakan kepadanya menyebabkan Karpal menuduh doktor itu telah “diprogramkan” menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang sudah ada.
Perbicaraan akan bersambung esok pagi di mana soal jawab terhadap Dr Siew akan diteruskan.
Anwar, 62, merupakan Ketua Umum PKR, berhadapan dengan kes liwat kali kedua.
Bekas timbalan perdana menteri itu dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai “jahat, penipuan-penipuan remeh oleh mereka yang berkuasa” apabila tuduhan membacakan kepadanya.
Pagi tadi, mahkamah menafikan Anwar untuk akses pada nota klinikal yang diambil oleh tiga pakar HKL ketika membuat pemeriksaan terhadap pengadu Saiful.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar untuk satu perintah bagi memaksa pihak pendakwaan membekalkan nota klinikal yang diambil oleh tiga pakar HKL itu semasa memeriksa Saiful selama tiga jam di hospital tersebut pada malam 28 Jun 2008.
Pihak pembelaan memohon untuk nota itu selepas pakar bedah am Dr Razali merujuk kepada mereka semasa testimoni beliau, di mana pihak pembelaan memikirkan bahawa nota itu jika dikeluarkan berkemungkinan bercanggah dengan keterangan lisan Dr Razali.
Dr Razali adalah saksi pendakwaan kedua pada perbicaraan Anwar.

0 Komen pengunjong :