Datuk Sri Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Besok

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada jam 11.30 pagi esok, seperti yang dirancang. Menurut setiausaha akhbarnya, Eekmal Ahmad, ini kerana ucapannya berhubung kontroversi penyerahan dua kawasan yang kaya dengan minyak yang dikenali sebagai blok L & M kepada Brunei telah ditunda ke jam 4.30 petang esok.

Anwar akan dikehendaki menjelaskan kenyataanya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel kepada jawatankuasa itu yang dianggotai sebahagian besarnya oleh MP dari BN.

Dalam dakwaanya itu, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bagi menyokong kenyataannya itu.


Kembara Jr.......... Begitulah jadinya kepada seorang yang benar-benar ingin memperjuangkan keadilan untuk rakyat dan negara. Apa saja issu akan dicari oleh musuh politiknya untuk membuat sehingga Anwar bersalah dan digantung dari menghadiri persidangan parlimen. Mereka rasa tanpa Anwar mereka akan bersidang dengan selesa tanpa apa-apa gangguan darinya.

Wahai Umno/Bn, pemikiran kamu sempit kerana kalau tak ada Anwar Ibrahim yang kamu takutkan sangat ni, masih ramai lagi Anwar Ibrahim yang lain yang akan meneruskan agenda sebagaimana yang telah dirancangkan. Kamu semua pun tak boleh bersidang dengan aman dan tenteram juga sekiranya kamu berjaya menggantung Anwar dari menghadiri persidangan parlimen.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :