Datuk Seri Nazri Aziz : K'jaan Tak Mampu Lagi Tanggung Pelajar

Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui bahawa kerajaan tidak mempunyai keupayaan bagi membiayai pengajian para pelajar yang bijak yang semakin ramai dinegara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata rakyat perlu menerima hakikat ini walaupun ianya merupakan satu keputusan yang tidak disenangi ramai.

"Kita harus mengatakan yang sebenarnya. Kita tidak mampu menanggungnya. Sama seperti bagaimana ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka ke luar negeri untuk melanjutkan pengajian mereka, kerajaan kini tidak mampu menanggungnya.

"Kita tidak mempunyai keupayaan dari segi kewangan yang membolehkan kita untuk menghantar setiap pelajar cemerlang ke luar negeri," katanya lagi.

Nazri, yang adalah menteri yang bertanggung jawab terhadap Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) , beliau menjelaskan keputusan cabinet yang telah membatalkan 1,500 tawaran Biasiswa yang telah ditawarkan kepada para pelajar yang akan mengambil Sarjana di Luar Negeri.

Dia menegaskan kerajaan telah menghabiskan berbilion ringgit untuk menyediakan biasiswa pada setiap tahun dan kini tidak lagi mampu untuk menyediakannya kerana semakin ramai pelajar yang cemerlang. 

– The Malaysian Insider


Kembara Jr.......... Kerajaan tak mampu lagi beri biasiswa bagi pelajar melanjutkan pelajaran kerana tak ada duit. Satu berita menyedihkan pelajar dan juga ibu bapa yang tidak berkemampuan. Tapi yang pelik dan ajaibnya ada pulak duit nak buat parlimen dan istana negara baru. Mana satu yang lebeh penting??

Entahlah, kat mana pulak kaum kerabat kita nak minta pertolongan selepas ini, dulu mengharapkan kerajaan. Sekarang?????????..............

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :