Ugut Saiful : Lelaki Di Bebaskan

Seorang lelaki berumur 40 tahun yang dikaitkan dengan tuduhan membuat ugutan terhadap pengadu kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan dibebaskan daripada tahanan reman hari ini.

Badrulhisham Abd Jalal yang ditahan reman sejak Jumaat lalu di balai polis Bukit Jalil dibebaskan kira-kira jam 5.30 petang tadi. Bapa kepada tiga orang anak itu ditahan reman sejurus selepas tampil membuat laporan balas bagi mempertahankan dirinya di ibu pejabat polis daerah (IPD) Klang.


Kembara Jr ..... Wooww !!!!! aku tabiklah kepada pasukan polis ni kerana begitu pantas membuat tindakan dengan menahan orang yang ada kaitan dengan dakwaan ugutan terhadap si Sayfoool tu. Tapi sayang kecekapan begini hanya dilakukan kepada mangsa-mangsa yang ada kaitan dengan Umno/BN sahaja. Kalau mangsa dari pehak pembangkang usahkan membuat tindakan lanjut, lapuran tu pun aku rasa dibakul sampahkan.
Wahai polis-polis, jalankan lah undang-undang dengan adil tanpa mengira siapa mereka. Ingatlah keadilan dihari kemudian nanti akan menanti encik-encik polis. Ingatlah kita akan mati........

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn......

0 Komen pengunjong :