Subramaniam Cabar Presiden MIC Letak Jawatan

Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam bersetuju untuk melepaskan jawatannya yang disandangnya sebagai Ketua MIC Bahagian Seputih berkuat kuasa esok jika Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu turut bersedia melepaskan jawatannya. Beliau telah pun berfikir panjang sebelum mengambil keputusan tersebut dan sanggup melepaskan jawatan itu kepada timbalannya. Katanya lagi, jika Samy Vellu memerlukan masa untuk memikir mengenai hal ini, beliau boleh mengambil masa seminggu.. Saya akan menunggu beliau.

Semalam, Samy Vellu ketika muncul dalam program 'Soal Jawab' di stesyen televisyen TV3 berkata , Subramaniam juga patut meletak jawatan dari MIC kerana menjadi ahli MIC paling lama.

Subramaniam menegaskan, beliau hanya Ketua Bahagian dan tidak ada masalah untuk melepaskan jawatan itu dan beliau juga berkeyakinan tinggi terhadap timbalannya, cuma yang beliau hairan kenapa Samy Vellu mengaitkan dengannya sedangkan beliau tidak masuk campur dalam krisis MIC. Subramaniam mengingatkan Samy Vellu supaya berfikir sebelum mengeluarkan  apa-apa kenyataan. Walaubagaimanapun beliau tetap akan cabar Samy dan sanggup melepaskan jawatan beliau jika Presiden MIC bersedia melakukan perkara yang sama.

Kembara Jr ..... Ayoyooo, kenapa pula bekas Timbalan Presiden MIC di cabar letak jawatan sedangkan Subramaniam kata dia tidak masuk campur krisis MIC. Pasal marah dia dikaitkan, sekarang dia pula cabar Samy Vellu letak jawatan kalau boleh besok bersamanya sekali.

Nampaknya bertambah meruncing betullah krisis MIC ni. dan sedikit pun tak nampak bayang yang ianya akan selesai.

Gaduh jangan tak gaduh, cabar jangan tak cabar, aku nak tengok MIC berpecah belah. Pecah MIC maknanya parahlah Umno/BN. Parah Umno/BN ertinya ialah tanda-tanda awal yang BN akan tumbang. Itulah yang diharap-harapkan dan aku mahu tengok sangat parti ini tumbang. Tunggu dan lihat apakah akan terjadi seterusnya.........

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :