Hishamuddun : Tunjuk Bukti Atau Minta Maaf

Menteri Dalam Negeri,  Datuk Seri Hishammuddin hari ini meminta S. Vell Paari, anak Datuk Seri S. Samy Vellu supaya membuktikan dakwaan yang UMNO menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC, atau memohon maaf atas apa yang didakwanya tempoh hari..

Naib Presiden Umno itu berkata, beliau amat marah dengan tuduhan tersebut, dan menganggap ia tuduhan melulu dan tidak bertanggungjawab. Katanya lagi dakwaan ditujukan kepada Umno itu tidak lain cubaan untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap permasalahan dalaman MIC. Tak perlulah semua yang tak kena dilemparkan dan dituduh kepada Umno kata Hishamuddin kepada pemberita di sini hari ini. Menteri Dalam Negeri itu diminta mengulas dakwaan S. Vell Paari bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalaman MIC.


Kembara Jr .....Aik !!!! macam mana mamat lidah pendek ni boleh marah pulak?? ya lah siapa makan lada dia yang rasa pedasnya. Dah terasa pedasnya dah tu, kalau tidak takkan melenting. Nasib baik taknya hunus keris kontotnya sekali kalau tidak haru biru se Malaysia.

Datuk Hishamuddin ooiii !!! kalau tak ada angin pokok tak bergoyang ataupun lagi best kalau tak ada kera mana pokok boleh bergoyang. Ada kera dan angin lah tu, tapi nak tunjuk konon Umno tu baik ( Memang tak baik pun ) buat-buat marah.

Baguslah tu sekarang nampak makin ramai pemimpin Umno marahkan MIC. Bagus teruskan dan ramai-ramai pakat hentam MIC lagi bagus. Aku nak tengok Umno dan MIC bergadoh dan terus berkerat rotan. Akhirnyanya kedua-dua komponen BN ini akan hancur. Itu lah yang aku nak tengok........

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :