Sekitar Perkahwinan Anaknda Ku

Majlis perkahwinan anaknda perempuan ku dilakukan pada hari Sabtu - 01/05/2010. Ini adalah kali pertama aku kahwinkan anak. Majlis bermula dengan aktiviti memasak seawal jam tujoh pagi. Kerja-kerja memasak ini dilakukan sendiri oleh sanak saudara dan jiran-jiran berdekatan. Nampaklah sedikit kemeriahan majlis ini apabila sama-sama bergotong royong membuat kerja-kerja. Alhamdulillah masih ada lagi semangat kerjasama diantara kami di Taman Geliga Indah , Geliga, Kemaman tempat tinggal kami ini. Semoga semangat ini akan berterusan sampai bila-bila.

Upacara akad nikah pula dilakukan oleh Juru Nikah Masjid Geliga di Masjid tersebut pada pukul dua belas tengah hari. Alhamdulillah semua berjalan lancar ketika dimasjid.

Para tetamu telah mula datang untuk menjamah hidangan pada jam sekitar dua belas tengah hari. Para tetamu dihidangkan dengan nasi minyak dan beberapa lauk tertentu. Kedatangan tetamu berakhir pada sekitar jam lima tiga puloh petang. Dianggarkan diantara 80% daripada tetamu yang dijemput telah datang pada hari itu.

Aktiviti kemuncak ialah majlis persandingan. Persandingan telah diadakan pada jam dua petang. Kedua mempelai nampak begitu ceria sekali menyambut hari bahagia buat mereka berdua. Sanak saudara, sahabat handai tak putus-putus mengucapkan selamat pengantin baru kepada mereka berdua. Abah dan Maa doakan semoga jodoh anaknda berdua akan berkekalan sehingga keanak cucu. Selamat Pengantin Baru dari Abah dan Maa buat anaknda berdua.

Syukur Alhamdulillah kerana majlis telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Berbanyak-banyak terima kasih kepada sanak saudara, jiran-jiran dan sahabat handai kerana telah menolong melaksanakan majlis tersebut dengan lancar. Juga kepada tetamu yang datang saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi datang untuk memeriahkan majlis. Terima kasih.



Kerja-Kerja Pemasangan Canopy


Akad Nikah
Pengantin Sedang Bersanding




Pengantin Sedang Bersanding
Para Tetamu Sedang Menjamu Selerau


Pengantin Lelaki Tiba
Kembara Jr ..... Doa dan pinta ku dari mu Yaallah engkau panjangkan jodoh mereka berdua sehingga keanak cucu. Jalanilah hidup mereka dengan kebahagian dan kemesraan sampai bila-bila.

1 comment :

  1. salam
    tahniah utk pengantin baru...
    semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

    kepada Kembara Jr moga cepat dapat cucu... hihi

    ReplyDelete