Piala Thomas : Malaysia Ke Separoh Akhir

Tahniah kepada pasukan badminton Negara kerana berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala Thomas apabila berjaya menewaskan Denmark 3-2 dalam perlawanan suku akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil sebentar tadi.

Malaysia meletakkan harapan kepada Hafiz, ketika kedudukan terikat 2-2 dan ternyata beliau tidak mengsia-siakan harapan. Bermain dengan penoh yakin beliau menjadi wira negara setelah meraih mata kemenangan untuk Malaysia mara ke peringkat separuh akhir kejohanan itu setelah menewaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 dalam permainan perseorangan ketiga.

Kembara Jr ..... Tahniah kepada Pasukan Negara. Teruskan perjuangan kamu sehingga dapat mengembalikan Piala Thomas Ke Malaysia lagi.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :