PAS Sedia Letak Calon Bukan Islam Di Serawak

Setiausaha Agungnya PAS, Datuk Mustapha Ali berkata Pas bersedia meletakkan ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP)  sebagai calon untuk mewakili Pas dalam pilihan raya Sarawak. Bagaimanapun, ia bergantung pada calon pihak lawan meletakkan calon bukan Islam di kawasan yang ditandingi. Menurutnya, Pas akan meminda perlembagaan yang akan memberi peluang kepada bukan Islam menjadi calon bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pencalonan ahli bukan Islam bergantung pada keperluan dan agihan kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak mahu sebarang pertembungan. Hadi berkata, PR tidak mahu sebarang pertembungan dan lebih suka pertandingan dua penjuru dengan Barisan Nasional (BN).

Ketua DHPP, Hu Pang Chaw mengalu-alukan peluang yang diberikan Pas dan ini membawa mesej yang jelas bahawa perjuangan pari itu tidak meminggirkan orang bukan Islam. Menurutnya, ia merupakan penghormatan kepada masyarakat bukan Islam dan memperlihatkan Pas tidak mengamalkan politik perkauman.


Kembara Jr ..... Kalau ini dilaksanakan aku rasa PAS satu hari nanti akan jadi sebuah parti yang kuat dan di sokong oleh semua kaum lain di Malaysia.. Selama ini kaum lain tidak berani dan tidak berminat untuk mendekati PAS kerana mereka menyangkakan parti tersebut parti ektremis agama, parti untuk orang Melayu dan Islam saja.

Sekarang dengan dasar Pas, "Pas untuk semua" serta penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan terkini peluang calon bukan islam berpeluang menjadi calon Pas sudah pasti aku jangkakan  Pas akan menjadi sebuah parti yang kuat dan teguh nanti.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :