Liwat ll : Dedah Jangan Tak Dedah

Mohd Saiful memberitahu mahkamah, dia ada bercakap dengan Musa Hassan pada 25 Jun 2008, hari yang sama dia bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya dan juga seorang pegawai polis Rodhwan Yusof di Hotel Mulia.

Apabila ditanya peguam Anwar Saiful berkata dia bercakap dengan Ketua Polis Negara kerana mahu memberitahu akan masalah yang dihadapinya.

Juga ketika disoal balas hari ini, Saiful juga mengakui bahawa dia ada bertemu dengan Ezam selama beberapa jam lewat malam 27 Jun sehingga awal pagi 28 Jun 2008 di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Kembara Jr ..... Aku harap sangatlah pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh si Sayfool ni akan membuka mata rakyat siapa sebenarnya disebalik kes liwat ini. Moga tuhan berada bersama mereka yang benar.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :