Empat Penjuru Di Hulu Selangor

Sudah sah, pertandingan empat penjuru dipilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Mereka yang akan bertanding ialah Datuk Zahid Ibrahim ( Pakatan Rakyat ), P Kamalanathan ( Barisan Nasional ), dan dua calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Mohd Diah. Pengumuman ini dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya selepas tamat masa bantahan sebentar tadi.

Calon bebas, Johan Mohd Diah ialah seorang peniaga dan merupakan Ketua Pemuda cawangan Puncak Perdana V10. Keahliannya dipecat serta merta setelah menyertai pertandingan ini.

Sementara itu VS Chandran pula ialah merupakan bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor.

Kembara Jr ...... Ayoh mulakan dari sekarang kita sama-sama berkempen untuk kemenangan Pakatan Rakyat. Kita tumbangkan Barisan Nasional satu persatu.

......Lawannn......Tetappp......Lawannnnnnnn......

0 Komen pengunjong :