Datuk Zahid DiPilih Calon PKR Di Hulu Selangor

Datuk Zaid Ibrahim hari ini telah dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. Pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. Sumber tersebut berkata Zaid dicalonkan kerana beliau dilihat sebagai mampu untuk mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu. Beliau akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat pada  malam ini. Datuk Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi. Kerusi Parlimen Hulu Selangor ini kosong selepas Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu.

0 Komen pengunjong :