Showing posts with label RPK. Show all posts

Saya tak belot, masih bersama pembangkang

KUALA LUMPUR, 15 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamaruddin menegaskan beliau masih bersama barisan pembangkang sambil menafikan beliau telah membelot hanya kerana memberi TV3 satu temu bual eksklusif, yang disiarkan semalam dan kelmarin.
Raja Petra mencetuskan kegemparan dua hari lalu apabila dalam temu bual itu mengatakan bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menter Datuk Seri Najib Razak atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Editor portal Malaysia Today ini menjelaskan keputusan memberikan temu bual itu kepada The Malaysia Insider hari ini.
Respons penuh adalah seperti berikut:
TMI: Baru-baru ini anda berada di Australia, bermakna anda mempunyai pasport untuk mengembara. Di mana anda berada sekarang dan di mana anda tinggal (sekarang)? Adakah anda akan balik ke Malaysia dalam waktu terdekat?
RPK: Sekarang saya di Bali. Dan, tidak. Saya tidak akan balik ke Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga kerajaan (yang ada sekarang) tukar. Jika Barisan Nasional (masih memerintah, maka saya sepatutnya akan dikebumikan di Brookwood sebelah ibu saya apabila saya meninggal dunia.
Mengapa anda bertanya sama ada saya balik ke Malaysia? Disebabkan temu bual saya dengan TV3? Jika saya mengadakan temu bual dengan TV3 dan kemudian kembali ke Malaysia (yang bermakna saya tidak boleh jika saya tidak memberikan temu bual), bukannya terlalu jelas bahawa temu bual itu menyebabkan (saya) membelot?
Langkah bodoh, bukan anda fikir begitu?
TMI: Mengapa anda memberikan TV3 temu bual? Anda pernah menyerang akhbar, khususnya media arus perdana di Malaysia sebelum ini. Mengapa percaya mereka? Apakah tiada ruang lain?
RPK: Adakah saya perlu percaya mereka untuk memberikan satu temu bual? Saya tidak percaya sama ada anda sendiri atau Malaysia Insider. Saya fikri anda alat bagi Khairy Jamaluddin dan Kalimullah Hassan. Lagi anda hantar (soalan) dan saya pun jawab.
Anda datang kepada saya. Saya tidak pergi kepada anda. TV3 juga datang jumpa saya. Saya tidak pergi jumpa mereka.
Seterusnya >>>

Raja Petra: Najib dikait kes Altantuya, bolehkan Ku Li jadi PM


KUALA LUMPUR, 14 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin hari ini mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

Raja Petra membuat pendedahan ini sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.

“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.

“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.

Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pada pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan juga Rafizi Ramli, kini pengarah strategi PKR, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.

Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.
Seterusnya >>>

RPK Dedah Dokumen Penglibatan Apco Dengan 1 Malaysia


SHAH ALAM 9 DIS : Blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin aka RPK melalui laman portalnya malaysia-today.net mendedahkan beberapa dokumen penting pembabitan Apco Worldwide dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setelah hak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri dinafikan Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Dokumen yang diperolehi hasil daripada carian di Unit Pendaftaran, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat  bertarikh 29 Oktober lalu memberikan bukti jelas aktiviti melobi kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan beberapa siri mengatur temu janji, sesi bergambar beberapa orang pemimpin tertinggi negara termasuklah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Laporan tersebut menjelaskan peranan Apco telah mengaturkan sesi bergambar dan video wanita pertama Malaysia ke Amerika Syarikat pada 10 hingga 15 April 2010, dan dalam penghasilan video lawatan untuk kegunaan kerajaan Malaysia di Malaysia.

Syarikat perunding itu juga telah mengaturkan pertemuan dengan konglomerat besar AS dengan bertujuan mempromosikan hubungan positif antara kerajaan Malaysia dan AS.

Apco katanya turut membantu mengkoordinasi dan menghantar jemputan mesyuarat meja bulat dan makan malam Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamid pada 20 Mei 2010.

Berhubung lawatan Najib ke AS pada hujung September 2010, syarikat perunding yang mempunyai hubungkait dengan rejim zionis Israel itu turut mengaturkan perjumpaan Perdana Menteri dengan pelbagai wakil media, institusi akademi, kerajaan AS dan organisasi pengubal polisi.

Dalam sesi lawatan itu, Apco turut menyediakan kemudahan logistik bagi mengadakan perjumpaan dan sesi temuramah di antara Najib dan lembaga editorial akhbar New York Times, wakil stesen televisyen Cable News Network (CNN), majalah ekonomi Wall Street Journal dan ahli majlis hubungan luar negara.

Apco juga hadir ketika Najib menyampaikan ucapannya kepada ahli majlis hubungan luar negara pada 28 September 2010.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata jawatankuasa tersebut enggan memanggil Anwar untuk membela diri, memanggil saksi atau pun mengemukakan apa-apa dokumen penting yang berkaitan.

Pada sesi sidang dewan semalam, beliau turut menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang meminta supaya perkara itu dibahaskan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang menurutnya telah menafikan hak Ahli Permatang Pauh itu untuk membela diri.

Pandikar dalam pada itu turut menghalau beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas mereka tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Seterusnya >>>

Dakwaan Umno Sogok Adun PKR – Kertas Siasatan BPR Bocor

KUALA LUMPUR 29 SEPT: Pengarang Raja Petra Kamarudin hari ini menyiarkan apa yang didakwa sebagai kertas siasatan awal  Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghuraikan  dakwaan Adun Kulim Lim Soo Nee  ditawar RM5 juta oleh pemimpin Umno untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat. .
Portal Malaysia Today  menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh Lim.
Laporan ini dikatakan  menyebut bahawa sasaran siasatan BPR adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.
Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.
Laporan ini juga mengesahkan dakwaan awal Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebelum ini  bahawa  Bahagian Perisikan Ibu Pejabat BPR telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.
Menurut laporan ini,  intipan mendedahkan  Mahazir  berjumpa dengan Lim  dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta.
Beliau juga di beritahu untuk berbincang  dengan Datuk Seri Najib Razak jika mahukan imbuhan yang lebih.
Lim juga dimaklumkan, sekiranya beliau keluar dari PKR,   beliau akan diberi  beberapa projek.
Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai.
Menurut Mahani,  Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.
Dalam ulasannya, Raja Petra melahirkanrasa kesal dengan kegagalan pihak berkuasa untuk bertindak walaupun mempunyai keterangan saksi dan bukti audio visual mengenai salah laku Mahadzir.
Seterusnya >>>

Raja Petra cabar Putrajaya bincang terma pulang dari ‘buangan kendiri’


LONDON, 24 Sept — Raja Petra Kamarudin kini melahirkan kesediaan untuk berhadapan dengan pihak berkuasa Malaysia berhubung isu beliau yang kini berada dalam “buangan kendiri” di London dan mencari penyelesaian  yang “muktamad”.
Beliau memberitahu peluang terbaru kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes beliau.
Blogger berkontroversi ini, yang lebih dikenali sebagai “RPK”, akan menghantar sepucuk surat menerusi penasihatnya kepada kerajaan Malaysia Isnin ini, jika bukan esok, meminta untuk diadakan satu pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulong untuk membincangkan terma-terma pulang ke tanah air.
Kata Raja Petra (gambar), pendiriannya itu merupakan satu peluang bagi kerajaan untuk membawa beliau kembali ke tanah air, yang pihak berkuasa mendakwa sedang berusaha untuk mengesannya sejak setahun lalu.
“(Kini) terserah kepada kerajaan untuk respons,” kata beliau sambil menambah, jika tidak lupakan sahaja isu ini buat selamat-lamanya.
“Berpegang pada ini atau jika tidak, jangan hubungi saya lagi,” kata Raja Petra.
“Beritahu Datuk Zakaria bahawa apabila beliau datang pada 2 Oktober, saya mahu beliau menunjukkan saya pasport saya yang baru dan tanpa tiket kapal terbang, bagaimana mahu terbang (balik)?” kata beliau dengan merujuk kepada pasportnya yang telah pun luput tarikh.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini perlu mengeluarkan pasport baru kepada Raja Petra bagi membolehkannya kembali ke tanah air.
Raja Petra, yang berada dalam buangan kendiri sejak Mei 2009 di sebalik kes-kes berkaitan dengan hasutan dan fitnah jenayah mendakwa kerajaan berbohong sejak dahulu lagi.
Sementara polis Malaysia mendakwa mereka sedang berusaha untuk mengesan lokasinya, Raja Petra muncul untuk berucap pada khalayak awam Mei lalu dengan mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) memang mengetahui di mana beliau berada sekarang memandangkan pernah menemui beberapa pemimpin Umno di United Kingdom sejak tahun lalu.
Ketika ditanya oleh The Malaysian Insider tentang terma-terma yang akan diturunkan, Raja Petra enggan mendedahkannya kerana ia sedang disediakan oleh peguam-peguam.
Bagaimanapun pada Julai lalu, beliau mengeluarkan tawaran terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak baginya kembali ke tanah air jika perdana menteri boleh menjamin bahawa tidak akan meletakkannya dalam tahanan tanpa perbicaraan seperti ISA dan lupakan kesemua enam tuduhan “yang sedang disediakan terhadap saya.”
Beliau berjanji akan kembali untuk menghadapi kes-kes hasutan dan fitnah yang pihak berkuasa telah gugurkan selepas Raja Petra tidak hadir manakala waran tangkap pula sudah tamat tempoh.
Raja Petra akan memohon untuk bertemu dengan Zakaria pada 2 Oktober ini  pada masa dan di tempat di mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua dijadual untuk bercakap di hadapan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di sini.
Raja Petra juga mencabar pihak berkuasa Malaysia agar mengekstradisikan beliau dari United Kingdom.
Penulis ruangan “No Holds Barred” dalam portal Malaysia Today ini juga ada memberitahu bahawa peguam-peguamnya pernah memaklumkan Scotland Yard bahawa beliau boleh diakses bila-bila masa.
Pada 2 September lalu, Mahkamah Persekutuan menangguhkan rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Raja Petra yang ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.
Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Hamzah memberitahu tiga panel hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, bahawa pihak pendakwaan masih belum menyerahkan notis rayuan kepada Raja Petra, menyebabkan beliau tidak hadir hari ini.
Hakim Arifin yang bersidang bersama Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusof dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rayuan itu kerana mereka masih belum menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra.
Tun Majid berkata perintah menteri itu akan bersifat akademik selepas 21 September 2010.
Pada 7 November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada ISA selepas memutuskan penahanannya selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak adalah tidak sah.
Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana beliau disifatkan sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara dan perintah untuk menahan beliau di bawah ISA dikeluarkan pada 22 September 2008.
Seterusnya >>>

Rayuan terhadap pembebasan Raja Petra daripada ISA diteruskan

PUTRAJAYA, 21 Julai — Kementerian Dalam Negeri akan meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dua tahun lepas untuk membebaskan penulis blog Raja Petra Kamarudin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah Persekutuan diberitahu di sini hari ini.
Peguam Kanan Persekutuan Najib Zakaria memberitahu tiga panel hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bahawa beliau telah menerima arahan untuk berbuat demikian (meneruskan rayuan itu).
Panel itu juga mengandungi Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan Datuk Abdull Hamid Embong kemudian membenarkan permohonan Najib untuk menanggguhkan rayuan itu ke tarikh lain kerana peguam Raja Petra tidak hadir pada proseding tersebut.
Najib juga memberikan perakuan bahawa beliau akan menghubungi peguam Raja Petra.
Dalam proseding itu, Hakim Zulkefli juga mempersoalkan Najib sama ada rayuan itu boleh diteruskan tanpa kehadiran Raja Petra, yang juga editor laman web Malaysia Today.
Abdull Hamid juga mempersoalkan Najib berkaitan pelaksanaan perintah terhadap Raja Petra yang dipercayai berada di luar negara, jika kementerian itu Berjaya dalam rayuannya untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.
Zulkefli kemudian meminta Najib untuk membincangkan dengan peguam Raja Petra berkaitan perkara tersebut.
Pada 7 Nov, 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada ISA setelah keputusan bahawa penahanan beliau selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak adalah tidak sah.
Raja Petra ditangkap pada 12 Sept, 2008 kerana beliau disifatkan sebagai satu ancaman terhadap keselamatan nasional dan perintah untuk menahan beliau di bawah ISA dikeluarkan pada 22 Sept, 2008.
Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad.
Dalam permohonan habeas corpus, Raja Petra menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai reponden.

- Bernama
Seterusnya >>>

RPK Cabar Dakwanya Di United Kindom

Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mencabar pihak berkuasa Malaysia agar membawa segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya di mahkamah United Kindom. RPK muncul buat pertama kali setelah sekelian lama menghilangkan diri.

RPK berkata, beliau sanggup berhadapan dengan tuduhan fitnah dan hasutan, malah rayuan terhadap pembebasan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika diberikan hak perundangan yang sama rata.
Beliau akan berhadapan dengan kerajaan dan akan lawan tetapi beliau akan buat apa yang Sun Tzu berkata ‘lawan dia di wilayah anda’. Jadi katanya wilayah beliau adalah United Kindom.


Kembara Jr ..... Aku yakin 150% yang Najib tak akan sahut cabaran RPK tu. Dia tau kalau dia sahut cabaran maknanya maruahnya akan tercalar. Kalau di Malaysia mahkamah dibawah kuasa dia. Keputusannya dia yang buat, maka berani lah dia nak dakwa tapi kalau buat dakwaan di UK tentu dia takut kerana dia tak boleh arah mahkamah UK. Undang-undangnya adalah betul-betul undang-undang, yang salah tetap salah tak macam negara 1Malaysia yang salah boleh jadi tak salah dan bebas jika dari Umno/BN. Sebaliknya kalau dari Pakatan Rakyat, semasa perbicaraan itu tak boleh, ini tak boleh. Seolah-olah berlawan dengan tanganya diikat. Itulah bezanya undang-undang rimba Malaysia dengan undang-undang negara bertamadum lain.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
Seterusnya >>>