Showing posts with label Lesen judi. Show all posts

Seboleh-boleh Najib Mahu Beri Lesen Judi Kepada Vincent Tan

KUALA LUUMPUR 9 Julai - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen berhubung pemtimbangan untuk memberikan lesen 'bookie'kepada Ascot Sports Sdn Bhd bercanggah dengan hasrat dan desakan yang mahukan supaya lesen serta aktiviti judi di negara ini di hapuskan.
Mahfuz berkata kenyataan Najib bercanggah sama sekali dengan jawapannya bulan lalu bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak akan memberikan apa-apa lesen pertaruhan bola kerana bantahan daripada rakyat.
"Jawapan Najib sepatutnya mempertegaskan kenyataannya yang telah diberi, bukannya menerangkan kembali syarat-syarat yang dikenakan kepada Ascot Sports.
"Dalam jawapan yang diberi, kerajaan menyatakan tiada isu dengan Piala Dunia 2010, jadi adakah kerajaan Umno-BN tetap akan memberikan lesen judi sukan kepada Ascot Sports untuk kejohanan lain daripada Piala Dunia seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sebagainya? Jawapan Najib bercanggah dengan kenyataannya bulan lalu dan saya merasakan belia perlu memberikan penjelasan lebih lanjut," tegas Mahfuz pada sidang media di parlimen.
Najib menyatakan kerajaan Umno-BN menawarkan semula pembaharuan lesen kepada Ascot Sports untuk mengendalikan pertaruhan 'bookie' kerana syarikat tersebut pernah diberikan kelulusan untuk aktiviti tersebut, dan telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat itu untuk memperbaharui lesen judi.
Najib menambah, jika kerajaan Umno-BN bersetuju untuk mengeluarkan lesen judi, Ascot Sports akan diberi keutamaan memandangkan syarikat ini mempunyai pengalaman dalam mengendalikan aktiviti ini.
"Jawapan sebegini meletakkan status lesen ini tergantung tanpa apa-apa keputusan yang konkrit. Kabinet patutnya bertanggungjawab membuat keputusan ini. Jadi, apa pendirian kerajaan Umno-BN dalam isu lesen judi ini?" tanya Mahfuz.
Beliau merujuk kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengulas keputusan lesen ini patut dibuat oleh Kabinet dan bukan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Tindakan itu kata Mahfuz menimbulkan kesangsian perubahan kuasa antara Kabinet dan Umno.
"Dalam mesyuarat Umno, mereka telah membuat keputusan ini dan bukannya di Kabinet. Saya sangsi sekarang ini siapa yang lebih berkuasa, Umno atau Kabinet?" tegas Mahfuz lagi

- Suara Keadilan
Seterusnya >>>

Lesen judi: Pemuda PUM bantah Mahathir

Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) membantah sekeras-kerasnya pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong kelulusan lesen judi yang digembar-gemburkan sekarang. Pandangan tersebut adalah jauh menyimpang daripada sifat keagamaan yang mengharamkan judi dan menyamakannya dengan peranan iblis.

Judi dalam Bahasa Arab disebut sebagai al-maisir, yang bererti mudah. Mudah mendapat keuntungan, mudah juga jatuh kerugian, malah sangat mudah menimbulkan sengketa dan pergaduhan. Judi merupakan sifat manusia yang tidak bertamadun dan jauh daripada semangat berdikari rakyat Malaysia.

Dahulu ada pandangan mahu memberikan jarum suntikan percuma kepada penagih dadah. Pemuda PUM melihat, ini semua berpunca daripada pemikiran Barat yang diwarisi oleh beberapa orang pemimpin di samping liberalisasi pemikiran yang semakin bertunjang kukuh di negara ini.

Tun Dr Mahathir mengatakan lesen judi dibuat untuk mengawal aktiviti perjudian. Ini merupakan satu pemikiran yang amat naïf. Jika begitu, kami cadangkan agar dibuat rumah untuk orang melakukan aktiviti persetubuhan haram. Kami juga mahu cadangkan agar kerajaan menyediakan satu tempat yang khusus untuk penagih dadah. Dalam masa yang sama, kami cadangkan agar arak dijual secara halal di mana-mana premis dengan tujuan pembendungan dan pengawalan.

Namun Islam tidak bersifat begitu. Cara Islam mengawal bukan dengan memberi dan meluluskan lesen. Cara Islam mengawal ialah dengan menyekat, mendidik dan menakut-nakutkan tentang bahaya dan risiko. Apa lagi orang yang berjudi akan boleh membawa risiko kepada keluarga mereka masing-masing.

Apabila Islam mengharamkan zina, Islam menyatakan “Jangan mendekati zina”. Mukaddimah kepada zina pun tidak boleh, apa lagi perzinaan. Orang yang kalah berjudi ada yang menggadaikan maruah isteri sendiri. Apabila Islam melarang Nabi Adam daripada makan buah khuldi, Allah mengatakan “Jangan mendekati pokok buah khuldi”, bukannya Allah mengatakan “Jangan makan buah”. Inilah Islam.

Apapun, Pemuda PUM tidak hairan dengan pemikiran naif Tun Dr Mahathir kerana beliau dahulu pun banyak menyindir hukum-hakam Islam. Mulut beliau petah berbicara dan lantang bersuara tentang pembebasan Palestin tetapi sifat beliau mewarisi keburukan Bani Israel. Palestin tidak akan bebas dan tidak memerlukan kapal Global Peace sekiranya pemimpinnya masih bersikap demikian, meskipun 1,000 buah kapal sekalipun berjaya sampai di Gaza.

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor,
Ketua Pemuda PUM

Harakahdaily/-
Seterusnya >>>

Najib ‘Terpaksa’ Lulus Judi Sukan, Rela Berdepan Protes Umno Sendiri

Kedegilan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menarik balik kelulusan lesen judi sukan menunjukkan Umno Barisan Nasional dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan politik mereka.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan nekad itu dianggap Najib sebagai perlu bagi mengumpulkan dana untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau yakin Najib tidak akan tunduk pada desakan pelbagai pihak untuk menarik balik kelulusan lesen judi sukan itu sekalipun ia datangnya dari parti pimpinannya sendiri.

Rentetan bantahan Pakatan Rakyat terhadap kelulusan judi sukan, Umno Johor pula mengikut langkah sama apabila membuat kenyataan menolak sebarang pertaruhan judi sukan. Senario itu mengikut telahan Shamsul, menunjukkan bantahan judi sukan yang dipelopori Pakatan Rakyat member keinsafan kepada sebahagian ahli dan pemimpin akar umbi Umno sendiri.

Malah, desas desus mengenai tiga ADUN Perak dari Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dikatakan bertitik tolak dari alasan berkaitan kelulusan lesen judi sukan.
Seterusnya >>>

Lesen Judi : Ternyata Najib Mengelirukan Dewan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kelulusan lesen judi bola sepak yang diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan Najib semalam telah menyelewengkan Dewan Rakyat apabila menyatakan kerajaan masih mengkaji permintaan Berjaya Corporation Bhd berhubung lesen judi tersebut, tetapi pada masa yang sama di dalam laman sesawangny Kumpulan Berjaya telah mengumumkan kelulusan itu telah diberikan.

Menurut Tony Pua, Berjaya Corporation telah membuat pengumuman pada 12 Mei menyatakan Menteri Kewangan telah memberikan kelulusan kepada Ascot Sports lesen untuk mengendalikan operasi judi sukan dan membuatkan saham syarikat tersebut melonjak naik pada hari tersebut.


Kembara Jr.......... Kenapakah Najib sanggup mengelirukan rakyat dalam soal lesen judi sukan yang telah menjadi topik hangat kebelakangan ini. Apakah beliau sudah merasa tertekan dengan apa yang telah dibuatnya setelah mendapati majoriti rakyat bukan sahaja beragama Islam malah kaum lain juga menolaknya. Mungkin sebelum ini beliau mengandaikan kalau menolok judi tersebut hanyalah orang beragama Islam sahaja kaum lain akan menerima. Rupanya andaiannya meleset sekali

Perbuatan Najib mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kelulusan lesen judi tersebut amatlah serius sekali dan beliau perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan untuk diambil tindakkan sewajar diatas perbuatannya. Tak kira lah beliau seorang Perdana Menteri pun yang salah tetap salah,  jadi Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan ini perlu mengambil tindakan. Janganlah hanya ahli dari parti-parti pembangkang saja yang buat salah perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan ini. Jangan amalkan pilih bulu................

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn 


Seterusnya >>>

Utusan Dan Berita Tak Lapur Pun !!!!!

Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak memuatkan laporan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan pemberian lesen judi perlawanan bola. Ini dilihat sebagai cubaan untuk melindungi UMNO daripada dikritik oleh orang Melayu.

Pengumuman Bursa Saham Kuala Lumpur mengenai kelulusan lesen itu telah menjadi tajuk-tajuk utama akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times dan The Star, walaubagaimanapun tidak terdapat laporan sama di dalam akhbar Utusan Malaysia, mahupun Berita Harian.

Tindakan Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak menyiar berita tersebut sekali lagi dilihat di belakangi Umno dan perdana menteri sendiri.

Kembara Jr ..... Mulut tempayan bolehlah hangpa tutup tetapi mulut manusia cubalah kalau boleh. Boleh!!!! kenalah hangpa bagi rasuah, tapi tak tahan lama pun. Lama-lama bila dah apa yang hangpa rasuahkan tu dah habis terbuka jugak. Jadi faham faham sendirilah wahai Umno, besok lusa orang yang tak tau akan tau juga. Jadi Umno fikirrrrrr lah sendiri.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
Seterusnya >>>

Tahniah Kumpulan BERJAYA !!!!!

Walaupun bertali arus bantahan daripada pelbagai pihak diterima, namun kerajaan dengan selamba meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan.
Semalam dengan rasminya Kumpulan BERJAYA menerima lesen judi berkenaan daripada Menteri Kewangan dan dengan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen dan akan menggunakan kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Kembara Jr ..... Aku tak heranlah dengan keputusan BN yang meluluskan lesen judi ini. Bab-bab merosakkan rakyat itulah agenda utamanya. Dalam memberi kesejahteraan rakyat tolak tepi kerana menghabiskan duit. Lulus lesen judi dan pada masa yang sama rosakkan rakyat adalah lebeh penting kerana dapat duit.

Moga sahabat-sahabat ku tidak ada yang terpengaruh dengan judi ini nanti.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnn.....
Seterusnya >>>