Showing posts with label Ahli Parlimen Tumpat. Show all posts

TPM tanggung malu pondok tolak bantuan RM100,000


TUMPAT: Belum pun sampai sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok di sini, Pondok Berangan yang turut disenaraikan menolak tawaran itu.

Perkembangan itu memalukan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mana sebelum ini mengharap dapat mempengaruhi institusi pondok bagi mendapat sokongan percuma.

Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, beliau menghormati pendirian tegas pengurusan Pondok Berangan menolak tawaran yang lebih bersifat politik.

Katanya, pendirian tersebut perlu dihormati kerana mereka ada maruah yang perlu dipertahankan dan bukannya mudah diperalat bagi kepentingan politik pihak tertentu.

“Semua orang tahu pemberian sumbangan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri ketika menjelang pilihan raya umum ke-13 dan tentunya mereka mengharap ada balasannya,” kata beliau di sini.



Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pengurusan Pondok Berangan, Muhammad Ali menolak sumbangan kerajaan pusat kerana pondok berkenaan tidak pernah menerima bantuan pusat sejak diwujudkan 70 tahun lampau.

Lagi pun katanya, sumbangan yang dijanjikan itu belum diterima pihaknya.

Pada 25 April lalu Muhyiddin ketika lawatan ke Tumpat mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok termasuk Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan Pendok Geting.

Pengumanan itu dibuat di Pondok Geting di Pengkalan Kubur yang diasas Abdullah Saamah, kini menjadi tenaga penceramah Umno.

Kamaruddin berkata, hanya pondok yang tidak ada pengaruh dalam masyarakat seperti Pondok Geting menerima sumbangan disampaikan pemimpin Umno.

Oleh itu katanya sebahagian besar institusi pondok di Kelantan menjadi benteng mempertahankan Islam dan tetap utuh sehingga sekarang.
Seterusnya >>>

Anwar tak patut didakwa apatah lagi dibuat rayuan


TUMPAT : Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak didakwa atas pertuduhan liwat kerana ketiadaan bukti yang cukup apatah lagi mahu dirayu pula keputusan Mahkamah Tinggi selepas didapati tidak bersalah.

Demikian pandangan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamrudin Jaffar dalam satu sidang media yang diadakan di sini semalam sempena majlis sambutan Tahun baru Cina di sini petang semalam.

Kamarudin mengulas perkembangan terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, inilah pandangan pelbagai pihak ekoran tindakan pejabat Peguam Negara yang memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar sebelum ini.

Kes itu difailkan rayuan pada ham 4.30 petang dan di hari terakhir ia boleh dibuat rayuan.

Kamarudin mendakwa, walau pun ada peruntukan undang-undang untuk merayu atas keputusan mahkamah, namun kes ini sepatutnya tidak di bawa ke mahkamah kerana buktinya tidak cukup.

Beliau menyandarkan perkara ini dari kenyataan dari Majlis Peguam Malaysia (Bar Council),pemerhati-pemerhati undang-undang antarabangsa.

Mereka menganggap Anwar dalam kes itu, bukan saja Anwar didapati tidak bersalah dan mesti dibebaskan, malahan mereka berpendapat sepatutnya kes itu tidak dibawa langsung ke mahkamah oleh kerana buktinya tidak cukup.
Seterusnya >>>