Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

“Tak ambil elaun wakil rakyat jika menang PRK ”

Che_LongKUALA BESUT, 13 JULAI: Calon Pas, Azlan @ Endot Yusof bercadang tidak mengambil elaun wakil rakyat sekiranya memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Sebaliknya, Azlan yang lebih mesra dikenali dengan nama Che Long akan menyerahkan semula elaun tersebut kepada penduduk Kuala Besut bagi tujuan kebajikan.
“Insya Allah. Kalau ditakdirkan saya menang, saya akan menjadi wakil rakyat, bukannya menjadi wakil kerajaan,” kata Che Long dalam ceramah sulungnya di UPU Kampung Pantai, Kuala Besut malam tadi.
“Saya akan mengambil (berat masalah rakyat dan menguruskannya sebaik mungkin,” kata Che Long yang terkenal dengan sifat pemurah disenangi di kalangan penduduk Kuala Besut.
Rintihan penduduk Kuala Besut yang lama terpinggir akibat perbalahan politik dalaman Terengganu menyebabkan mereka perlu diwakili seseorang yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi.
“Sebab itu saya akan mendengar luahan hati rakyat dan berkhidmat sebaik mungkin,” katanya disambut laungan takbir kira-kira 300 hadirin.
Turut hadir ceramah malam tadi ialah Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang juga ahli parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhd Yusoff dan ADUN Chukai, Terengganu, Hanafiah Mat,

0 Komen pengunjong :