Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kecam pelantikan ke GLC, Anwar sifatkan ‘upah’ pilihan raya


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sebagai 'upah' pilihan raya.
Mengecam pelantikan berkenaan, Ketua Pembangkang itu pada sidang media di Parlimen, hari ini turut menggesa bayaran kepada mereka didedah kepada umum.
"Kita lahirkan kebimbangan terhadap perlantikan bekas menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet yang berlebihan sebagai ganjaran.
"Terlalu ramai yang diberi upah begitu besar. Kalau tak layak, tak payahlah lantik jadi penasihat atau apa-apa jawatan," katanya.
Beliau merujuk pelantikan beberapa bekas menteri dan timbalan menteri dalam GLC, antaranya Tan Sri Rais Yatim, Datuk Seri Ng Yen Yen, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan beberapa lagi.
Antara yang terbaru, Rais sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ng (Pengerusi Tourism Malaysia) dan Abdul Azeez (Pengerusi Lembaga Tabung Haji).
Anwar juga menyatakan kebimbangannya dengan beban yang terpaksa ditanggung Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam memberi ganjaran kepada pemimpin BN serta mahukan Putrajaya mengeluarkan senarai penuh pelantikan itu.
"Kita mahu tahu daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) apa beban di JPM dan berapa banyak pemimpin BN yang dilantik," katanya.
Pada 29 Jun lalu, The Malaysian Insider melaporkan sumber memberitahu Ahli Parlimen BN yang tidak diberikan jawatan kerajaan diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka.
Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakan pemimpin tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan. Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti diberikan ganjaran.
Pada masa lalu, perdana menteri berhati-hati untuk meletakkan terlalu ramai ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah GLC, bimbang akan menyebabkan pertembungan budaya dan keutamaan dengan pihak pengurusan yang profesional dan sudah tentu akan menyebabkan kelemahan prestasi syarikat berkenaan.
Tetapi Najib perlu menggunakan pendekatan baru kerana dua sebab – barisan panjang ahli politik Umno di luar pejabatnya sejak pilihan raya umum 5 Mei dan pemilihan parti hujung tahun ini.
Dalam dua acara baru-baru ini, perdana menteri menggunakan kuasa budi bicaranya untuk melantik pengerusi di dua GLC, mengenepikan senarai calon diberikan eksekutif GLC itu.
Terdapat lebih kurang 60 ketua bahagian Umno tidak diletakkan sebagai calon pada pilihan raya 5 Mei termasuk ahli Parlimen mengalahkan tokoh besar pembangkang tetapi tidak diberikan jawatan Kabinet dan terakhir, golongan yang memberikan laluan kepada calon baru di kerusi Parlimen mereka.
Beberapa ahli politik Umno diberikan jawatan kanan di GLC dan agensi kerajaan termasuk Datuk Abdul Ghani Othman yang dikalahkan Penasihat DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah.
Beliau baru-baru ini dilantik menjadi pengerusi bagi salah satu syarikat perladangan terbesar dunia, Sime Darby.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, agensi pelaburan strategik kerajaan.

0 Komen pengunjong :