Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Black 505: Salleh jangan risau, tidak perlu tentera

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap cadangan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mahu menggunakan bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara terutamanya Himpunan Black 505 pada Sabtu ini sebagai tidak rasional dan relevan.


Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan dalam keadaan bahaya.

“Mungkin  kenyataan Salleh hanya suatu provokasi bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan aman yang dijadualkan pada Sabtu ini,” ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Justeru, tanya beliau apakah pihak polis tidak pernah menangani perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini sehingga terfikir untuk menggunakan khidmat tentera.

“Bukankah negara ini meriah dengan pelbagai siri perhimpunan aman sejak dahulu lagi dan kesemuanya itu berakhir dengan aman tanpa sedikitpun pertumpahan darah?” tanya beliau lagi.

DPPWP menegaskan peserta perhimpunan bukannya pengganas atau penjenayah berbahaya yang mahu menjajah negara.

Katanya, kesemua peserta himpunan hadir dengan santai bersama keluarga tanpa senjata.

Negara ini pula, ujar beliau bukannya berada dalam keadaan darurat sehingga memaksa tentera turun campurtangan.

“Salleh tidak perlu risau dengan perhimpunan ini kerana rakyat bukannya pemberontak yang tidak tahu undang-undang dan hak mereka,” ujarnya lagi.

Tambahnya, semua pihak menghormati perlembagaan, undang-undang dan sistem pilihan raya yang diguna pakai di negara ini.

Bahkan, jelasnya pemimpin perhimpunan berikrar tidak akan menggulingkan kerajaan melalui jalan raya.

Menurutnya, rakyat hanya mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya yang telah ditipu dan SPR perlu bertanggungjawab terhadap kesemua dakwaan ini.

“Rakyat hanya mahukan kerajaan mengambil langkah menangani segera isu penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya dengan rombakan terhadap SPR serta penambah baikan agar PRU14 dijalankan dengan adil dan bersih,” katanya.

DPPWP mengharapkan, cadangan tersebut hanya tinggal cadangan dan tidak akan dilaksanakan menjelang himpunan Sabtu ini.

Katanya, rakyat menyanjung tinggi pasukan keselamatan terutama pasukan tentera yang begitu setia dan ikhlas berkhidmat untuk negara dan wajar tenaga mereka digunakan buat membendung jenayah dan pengganas yang menjadi ancaman sebenar kepada negara.

0 Komen pengunjong :